Posted: September 2, 2005 in puisi

subuh jumaat yg hening
bertuah bumi tanahair
pesawat landing
penumpang applause
syukur

Cinta menyambut di pintu, senyum girang
anak2 melompat, gelak ketawa
terubat rindu hampir 2 purnama hilang
pelukan seakan tidak cukup kemas

adik, yad, abang senyum simpul
ceria amat hilang kata-kata
pelukan Cinta kukuh
segera membangkitkan rasa

takkan kutinggalkan mereka
untuk ke sini memendam rasa
hanya kerana mereka
hanya masa depan mereka

bukan di bumi sendiri tiada apa
peluang hanya datang sekali
biarlah aku disini mencari harta
nantilah aku akan kembali

masih terasa sebak di dada
tatkala adik merayu hiba
papa pergi bukannya lama

Tinggalkan komen