yad bercerita

Posted: September 4, 2005 in Uncategorized

tadi yad phoned. “pa, tadi kan, yad solat” surprised, aku tanya yad “yad solat dengan sapa?” “yad solat ngan mama, yad ikut mama, bestttt..” “abang tak ikut solat sekali ke?”. “tak, abang dah solat dah tadi, abang solat sorang2 je”

Cinta bgtau yg ziyad pakai kain pelikat farhan dan kopiah aku. ziyad nampak baik sangat katanya. Cinta aku pasti berbangga melihat ziyad melangkah setapak lagi. walaupun cuma solatnya sekadar ikut2 tapi at least ziyad, tanpa disuruh, sudah pandai meniru dan ikut solat. dan dia melakukannya dengan happy dan excited.

cenversation tadi mula dengan ziyad, amila dan farhan. Cinta sengaja membiarkan diaorg cakap dulu puas2. Cinta cakap last.

amila bgtau yg tadi dia mkn mlm dengan nasi goreng yg mama masak. “sedappp pa…, adik makan habis” memang begitulah selalunya, amila akan makan habis. kadang2 yg farhan dan yad tak dapat habiskan, amila akan habiskan. farhan kerap juga tak dapat habiskan makanannya, “ma, abang tak nak dah” “abang habiskan la, sikit je lagi tu, tak baik” mama cuba memujuk. “abang dah kenyang laaa, abang taknak dah” “adik nak, adik nak” amila cepat2 menyampuk walaupun makanannya sudah dihabiskan, tapi selalunya dia nak lagi. amila memang berselera bila makan. kalau amila taknak, selalunya Cintalah yg menghabiskan makanan farhan atau yad. aku tak pernah.

kata orang tua2, kalau kita selalu menghabiskan makanan anak2, bila besar anak2 jadi kurang takut dan cenderung untuk melawan. entahlah, bukannya percaya sangat dengan petua ni. aku memang tak suka menghabiskan. walau minuman sekalipun.

farhan bgtau yg dia dapat nombor 4 dalam kelas dalam ujian yg baru lepas. dulu sesi 1 farhan dapat nombor 2, kemudian dalam sesi 2 dapat nombor 1. aku masih ingat bila farhan dapat nombor dulu2. aku tanya siapa yg dpt nombor 1? dia cakap “shafiq!”. “nanti abang lawan la shafiq” aku cuba beri semangat. “taknak la, abang taknak lawan shafiq, dia kawan abang. dia baik, pa” aku dan Cinta gelak. “bukan lawan gaduh, bang. abang lawan belajar, nanti periksa nanti abang pulak dapat nombor 1.” “oooo, lawan belajar, ok, nanti abang nak belajar rajin2 lagi. nanti abang dapat nombor 1 pulak.” baru farhan mengerti lawan yg aku maksudkan. bulan lepas farhan dapat anugerah tokoh membaca tahun 1. “cikgu bagi abang hadiah buku, piala, sijil” farhan kerap mengunjungi perpustakaan sekolahnya. pemilihan berdasarkan kekerapan ke perpustakaan dan juga jumlah buku2 yg dibaca. cikgu minta farhan ceritakan buku2 apa saja yg dibacanya. farhan senaraikan termasuklah buku kartun dia seperti doraemon dan anak2 sidek.

Cinta cuma bertanya khabar. tanya sama ada dah mkn ke belum. makan apa. tak keluar ke. sedang buat apa. dan menyatakan sayang dan rindunya apabila berjauhan. sabarlah sayang.

Komen-komen
  1. ...rux... berkata:

    rindu siut kat dorng… xpcially pipi amila yg gebu hehehehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s