cuti sekolah ogos 2005

Posted: September 2, 2005 in Uncategorized

jam 05.45 pagi yang hening, aku bersyukur tiba dibumi malaysia. aku rasa amat beruntung kerana berpeluang balik dan menghabiskan masa bersama keluarga masa cuti sekolah. walaupun berhabis bukan sedikit, tapi terasa amat berbaloi. anak2 bukan main suka lagi. kegembiraan terpancar di mata Cinta. tanpa melengahkan masa, anak2 disibukkan kat bawah dengan ole2.

alahai panjang dah rumput kat laman. walaupun penat giler, lepas tidur sekejap sepetang suntuk aku trimmed rumput tu. nampaknya lepas ni kena bubuh tiles penuh la kat depan. aku sayangkan laman berumput tu.

farhan suka sangat aku balik sbb pd mlm tu dia ada persembahan di majlis mkn mlm amal pibg sekolah dia. walaupun badan masih penat, namun aku amat berpuas hati kerana dpt hadir dan menggembirakannya.

balik dari majlis, mengantuk dan kepenatan, pening2.

anak2 happy bila aku ajak bekfes kat luar. masing2 sibuk mencadangkan tempat dan restoran pilihan mereka. “papa belanja ek? dah lama papa tak belanja abang makan kat luar” kata farhan. amila menyampuk “kalu makan kat luar adik nak makan banyak, adik suka makan kat luar”. si ziyad menambah “adik, adik takleh makan banyak2 nanti jadi lagi gemuk.” aku dan Cinta senyum sesama sendiri melihat telatah the farhans tak henti2 berceloteh sambil bersiap2.

pegi shopping sakan baju raya budak2 sebab kata Cinta, next aku balik cuti mungkin dah dekat sangat dengan hariraya takut kelam kabut nanti.

… hari 3, 4, 5, 6 penuh dengan aktiviti dengan anak2, berjalan sana sini. shopping itu ini. cadangnya nak pegi dok mana2 resort yg dekat2, tp yg berkenan semua fully booked, yg vacant pulak teramat la mahal sbb musim cuti kata mereka. paling best masa pegi aquaria kat klcc, seronok budak2 tgk mcm2 ikan. kelakar rasanya bila aku cakap diaorg boleh pilih toys apa saja masa kat kedai toys. terlalu gembira sampai bingung nak pilih yg mana satu. walaupun ditegah oleh Cinta, jgn boros katanya, “takpalah yang, bukannya selalu diaorang dapat peluang ni”

hari 7 baru aku betul2 berpeluang dating dengan Cinta. puas la aku pujuk anak2 sebelum dpt tinggalkan diaorg kat rumah akak babysitter. sesi shopping dan keluar makan special bersama Cinta. syoknya, rasa macam baru2 kawin.

hari 8, kemas2 rumah. ubah pasu2 bunga.
hari 9 aku keluar shopping lagi barang2 yg dipesan kaum kerabat di perantauan. jgn lupa beli vcd konsert final af3 walaupun pirated! rempah2 kari, kurma, sup, santan, megi, urtv, mediahiburan, hai, mangga, mastika… (walaupun aku sendiri tak penah beli majalah2 tu masa dedulu, tapi bila di sana, dibaca cover to cover). dari pengamatan aku drp day1 sampai day last, hari2 ada coverage pasal mawi dlm almost all papers and tabloid. klass mawi. malaysia boleh dah tukar jadi malaysia worldd… kecik hati tun ex-pm yg buat ‘malaysia boleh’ tu dulu.

hari 10, lepak kat rumah sambil berkemas dan packing.
adik: “papa, papa takyah la pegi, nanti papa takda, adik rindu kat papa”
abang: “adik, papa pegi kerja la, papa pegi kejap je, nanti papa balik la lagi”
yad: “papa, nanti bila pulak papa balik? nanti kita pegi beli mainan lagi ek?”
adik: “adik nak beli baju raya lagi, boleh pa?”
abang: “papa, raya nanti papa balik kan? abang nak balik kampung ngan papa, kalau papa takde, tak best aaa”

jam 21.15, bertolak ke airport.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s