TIPS MEMBACA ALQURAN

Posted: Januari 15, 2024 in agama, motivasi, pendidikan
Tag:,

TIPS BACAAN AL-QURAN

Oleh: Dr. Muhd al-Muhaysni.

‎هذه وصايا_أثناء_القراءة كتبها د. محمد المحيسني حفظه الله ..

‎١- لا تعطي القرآن فضلة وقتك .

1. Jangan engkau berikan (fokus membaca) al-Quran pada lebihan waktumu (yakni: bila free, baru baca),

‎بل خصص له وقت محدد لا ينازعك عليه أحد

Malah khususkan untuknya waktu tertentu, yang mana tiada seorangpun yang akan mengganggumu.

‎٢- قبل القراءة جدد وضؤك ، واستقبل القبلة ، .

2. Sebelum membaca al-Quran, perbaharui wudhu’mu, hadaplah ke arah kiblat,

‎وابدأ بالاستعاذة ثم البسملة ، واستحضر فضل قراءة القرآن

dan mulakan dengan Isti’azah (Bacaan A’udzu bilLah..), kemudian Basmalah (Bacaan Bismillahir-Rahman..) dan ingatilah ganjaran kelebihan membaca al-Quran.

‎٣- ليكن صوتك وسطاً لا مرتفعاً فتتعب وتزعج ولا منخفظاً فتمل وتنعس

3. Hendaklah kekuatan suaramu sederhana, tidak terlalu kuat sehingga engkau kepenatan dan terganggu, dan tidak terlalu perlahan sehingga engkau bosan dan mengantuk.

‎ولتكن سرعتك وسطاً لا سريعة فتهذ ولا بطيئةً فتسئم .

Hendaklah laju bacaanmu itu juga sederhana, tidak terlalu laju sehingga terpotong-potong ayat (kerana sering tersilap), dan tidak juga terlalu perlahan sehingga engkau rasa jemu.

‎٤- للقرآن هيبة ووقار

4. Al-Quran memiliki wibawa dan kehormatan.

‎ومن عظم القرآن في قلبه عظم الله مكانته بين الناس

Sesiapa yang mengagungkan al-Quran di dalam hatinya, Allah agungkan kedudukannya di kalangan manusia.

‎فلا تقطع قراءتك بالكلام مع فلان وفلان

Maka jangan engkau putuskan bacaanmu dengan perbualan bersama orang lain.

‎٥- كان السلف إذا شرع أحدهم في قراءة سورةٍ لا يقطعها حتى يتم السورة.

5. Generasi salaf dahulu apabila mereka menetapkan untuk membaca satu surah, mereka tidak akan memutuskannya sehingga sempurna bacaan satu surah tersebut.

‎وهذا من الأدب مع كلام الله ، والبعض يقطع الآيات !

Ini adalah di antara adab dengan kalam Allah. Dan sebahagian orang memutuskan ayat (untuk bercakap dengan orang).

‎٦- إذا بدأت قراءتك فلا تلتفت لأحد

6. Apabila engkau telah memulakan bacaanmu, maka janganlah engkau menoleh kepada sesiapapun.

‎وإذا أراد أحدهم الحديث معك فأشر بيدك له معتذراً ،

Jika seseorang ingin berbicara denganmu, berikan isyarat dengan tanganmu meminta maaf.

‎وهذا من تعظيمك لكتاب الله

Ini merupakan sikap memuliakan kitab Allah.

‎٧- إن كنت ولا بد قاطعاً تلاوتك لحديثك لأحدهم ، فلا تجبه فور حديثه.

7. Jika engkau perlu untuk menghentikan bacaanmu untuk berbicara dengan seseorang (yang mengajakmu berbicara), jangan terus (berhenti untuk) menjawabnya.

‎بل لينتظرك حتى تقف على رأس الآية في موقف مناسب .

Malah hendaklah dia menunggu sehingga engkau berhenti di hujung ayat, pada tempat berhenti yang sesuai.

‎٨- يجب عليك تحريك لسانك أثناء القراءة

8. Hendaklah engkau menggerakkan lidahmu ketika membaca al-Quran,

‎أما قراءة العين فهي لا تجزئ ولا تعبر قارئاً

adapun bacaan dengan mata sahaja, tidak memadai dan tidak dianggap sebagai membaca.

‎٩- من عدم احترامك لكلام ربك أن تقرأ آيات يسيرة ثم تتابع تويتروتليجرام و..و..و ثم تعود ، ثم تتصفح وهكذا !

9. Di antara tanda hilangnya rasa hormat kepada kalam Tuhanmu, ialah apabila engkau baru membaca sedikit ayat-ayat al-Quran, kemudian engkau sambung pula dengan melihat Twitter, Telegram, fb dan ini, dan itu, kemudian sambung, kemudian semak lagi, dan seterusnya.

‎١٠- أنصحك أن تذهب لمسجد بعيد لا معارف لك به

10. Aku menasihatkanmu agar engkau pergi ke sebuah masjid yang jauh, yang engkau tidak ada orang mengenalimu.

‎وأن تذهب الأخت لغرفة منعزلة

Dan bagi wanita, agar pergi ke tempat, bilik atau ruangan yang terasing.

‎لتخلوا بكتاب ربك فتذوق حلاوته وتتدبر آياته

Supaya kamu dapat bersendirian bersama kitab Tuhanmu, lalu engkau menikmati kemanisannya dan mentadabburi ayat-ayatNya.

‎١١-مهمة:

‎شر جليس لك في قراءتك هاتفك !

11. (PENTING!!)

Seburuk-buruk pendampingmu ketika membaca al-Quran, ialah ‘handphone’mu.

‎فأنصحك أن تتركه في المنزل أو السيارة

Maka, aku menasihatkanmu, agar engkau meninggalkan ia di rumah atau di dalam kenderaan (dalam keadaan yang selamat)

‎وتذهب للقراءة وحدك حتى لا يدخل منه الشيطان

Dan engkau pergi membaca al-Quran bersendirian, supaya Syaitan tidak mengganggumu melaluinya (yakni: telefon itu)

‎١٢- أثناء قراءتك ستمر عليك آيات رحمة ووعيد

12. Semasa engkau membaca, engkau akan melalui ayat-ayat tentang rahmat dan ancaman.

‎قف .. عند بعضها

Berhentilah.. pada sebahagian dari ayat-ayat tersebut.

‎وارفع يديك واسأل الله من فضله

Angkatlah kedua tanganmu dan mintalah kepada Allah dari kelebihanNya.

‎فلها أثر على القلب كبير .

Baginya, terdapat kesan kepada hati yang sangat besar.

‎١٣- إن كنت بطيئ القراءة أو لا تحسنها

13. Jika engkau (menghadapi masalah) perlahan membaca al-Quran atau engkau tak mampu membaca dengan baik,

‎فأعلم أن أجرك مضاعف فلك الأجر مرتين .

Ketahuilah bahawa ganjaran pahala engkau digandakan.

Maka, bagi engkau, ganjaran pahala sebanyak dua kali (1 kerana membaca, 1 kerana usaha dalam susah)

‎وأوصيك بتحميل القرآن صوتياً بهاتفك وتابعه .

Dan aku pesan kepada engkau supaya muat turun rakaman bacaan al-Quran di dalam handphone dan (belajar membaca dengan) ikuti (rakaman bacaan) itu.

‎١٤- ختم قراءتك على أواخر السور أكمل وأفضل من ختمها على أواخر الأجزاء .

14. Habiskan bacaan engkau pada penghujung surah adalah lebih sempurna dan lebih baik dari menghabiskan di penghujung juz-juz.

‎-ابن عمر إذا شرع في سورة لا يقف حتى يختمها .

Ibn ‘Umar dahulu, jika membaca pada satu-satu surah, dia tak akan berhenti sehinggalah dia menghabiskannya.

‎١٥-لا يشغلنك قطع الأجزاء عن التدبر ومما يساعدك عليه تكرار الآية مرتين وثلاث وعشر حتى يلين لها قلبك ،

15. Jangan engkau sibukkan (fokus) untuk menghabiskan juz-juz, daripada (yang sepatutnya, iaitu fokus) kepada tadabbur dan apa-apa yang sebenarnya membantu engkau untuk mengulang-ulang sesuatu ayat sama ada 2 kali dan 3 kali dan 10 kali, sehinggalah hatimu menjadi lembut kerana ayat itu.

‎تقبل الله منا ومنك .

Semoga Allah menerima (usaha ini) dari kami dan dari engkau.

Terjemahan oleh: BroSyarief.

Fahami Alquran

Posted: Januari 15, 2024 in agama, motivasi, sosial/budaya
Tag:, ,

Orang Islam sejak kecil seperti masyarakat Melayu, kebanyakannya memang belajar, tahu dan selalu membaca Alquran.

Dialunkan dengan sedap dan berbagai alunan.

Surah-surah seperti Almulk, Alkahfi, Yaasin, Assajdah, dll sememangnya menjadi amalan bacaan setiap minggu..

Namun begitu, tidak semua orang yang amal membaca Alquran memahami kandungan maknanya.

(Tidak sedikit juga yang belum memahami makna bacaan dan doa di dalam solat walaupun lancar dan baik bacaannya. Makna doa iftitah, doa qunut umpamanya.)

Hanya sedikit yang membuka Alquran dan membaca hanya terjemahannya secara keseluruhannya daripada Alfatihah hinggalah Annaas. Khatam membaca terjemahan Alquran.

Memahami isi kandungan Alquran. Dari kulit ke kulit.

Proses ini boleh ditingkatkan pula dengan menelaah dan mengetahui kisah dan sebab satu-satu ayat diturunkan.

Mutakhir ini viral ramai orang belum Islam yang cuba membaca Alquran. Mereka terkesan dengan peristiwa yang berlaku di timur tengah.

Mereka tidak bermula dengan belajar membaca Alquran seperti anak-anak kecil dalam masyarakat kita.

Mereka membaca Alquran di dalam bahasa mereka. Mereka membaca dan terus memahami setiap ayat Alquran.

Mereka terus nampak keindahan dan keajaiban kandungan Alquran. Tetapi kita..?

“I have read the Book Alquran…” ungkapan kata-kata mereka tidak sama maksudnya dengan masyarakat kita berkata “saya selalu baca Alquran…”

Secara umumnya, begitulah.

Jom, tadabbur Alquran. Bukan sekadar hanya ulang membaca ayat-ayatNya.

Sambungan citer yesterday…

6. Sebaik sahaja melepasi CSR, saya minta ‘para penumpang’ menggoogle restoran untuk kami bersarapan di kawasan Raub. Kebanyakannya buka lewat.

Yang ada hanya warung tepi jalan yang kesemuanya kelihatan kereta parking berderet-deret dan kedai sesak dengan manusia.

7. Menuju ke bandar Raub, jem mula terbentuk kerana trafic lite di kawasan pekan.

Biasanya saya akan melencong masuk ke simpang Gesing tetapi sudah terlambat kerana saya sudah meninggalkan simpang itu agak jauh di belakang.

Kami melewati pekan Raub tanpa berhenti untuk bersarapan. Kami akhirnya sampai di simpang tiga ke bukit Fraser dan membelok ke kanan untuk melalui jalan ke bukit Fraser kerana jalan Genting Highland – Batang Kali masih ditutup kepada orang awam.

Berhenti sejenak untuk ambil udara luar dan tukar drebar. [6:15am – 8:30am, 2j15m/148km] Masa stop 5minit.

8. Selepas tukar drebar barulah saya dapat berehat dan tidur nyenyak. Sedar-sedar dah dekat nak sampai simpang Gap. Stop kejap untuk ke tandas dan sedut udara segar tanah tinggi yang berketinggian 850m asl.

Tidak seperti semasa kami singgah 4 hari sebelum, di waktu malam yang menyeramkan. Suasana di sini gelap gelita jika bulan langsung tidak bercahaya.

Pada ketika ini kami tidak sendirian, ada beberapa mat motor sedang lepak-lepak bersembang sesama mereka. Agaknya take five sebelum meneruskan konvoi ke puncak bukit Fraser. [8:35am – 9:20am, 45m/30km] Masa stop 15minit.

9. Apabila duduk di sebelah pemandu, baru saya dapat rasakan bahawasanya kita sangat berisiko untuk pening, loya dan muntah jika kenderaan dipandu secara sembrono.

Selama ini saya tidak merasakannya jika saya yang memandu sendiri. Elok jugalah kami tidak bersarapan dahulu di bawah tadi sebab kalau perut kenyang lepas makan, kemungkinan untuk mudah merasa mual dan muntah adalah sangat tinggi.

Alhamdulillah kami sampai di pekan kami dengan selamat dan happy.

Diaorang bercadang nak breakfast di Bask Bear. “Hah? Apa tu? Makan apa kat situ?” [9:35am – 10:30am, 55min/47km]

10. Bagus sangatlah kami makan di tempat yang berdekatan dengan rumah. Nak gegas balik memerut pun cepat je.

Total masa pemanduan: 7jam 15min

Total km: 423km

Total masa berhenti: 2jam

Total masa keseluruhan: 9jam 15min

Disclaimer: mana-mana situasi dan angka hanya anggaran sahaja dan mungkin kurang tepat. Please do not argue.

Sempat saya bincang-bincang dengan biras tentang bila masa nak bertolak balik rumah. Atas beberapa justifikasi, kami memutuskan untuk bertolak sama-sama pada waktu tengah malam. Sempatlah drebar tidur sekejap selepas waktu Isyak.

13 Zulhijjah 1444 / 2 Julai 2023:

1. Bangun tidur, mandi dan solat. [12:30am]

2. Tayar mula bergolek dengan saya berada di hadapan dan biras saya memandu keretanya mengikuti dari belakang.

Kami stop di Shell Mace kerana dia nak isi minyak. Dia memang sentiasa amalkan Shell sahaja tak macam saya yang asal sempat atau asal ada, semua brand boleh masuk. Paling kerap Petronas lah sebab Setel je. [1:10am – 1:55am (45m/49km)] Tempoh stop: 15minit.

3. Jem mula dirasai dalam jarak 15km sebelum Guchil. Amat ramai juga rupanya yang mulakan perjalanan pada tengah malam buta. Selepas simpang tiga Guchil, jalan lancar walaupun perlahan.

Biras saya ketika ini berada di belakang selang beberapa buah kenderaan ketika saya berjaya memotong beberapa kenderaan tadi sedangkan dia tidak ikut memotong. Sorry!

Sebelum sampai Petron Laloh, saya called dia nak bagitahu saya akan berhenti sekejap untuk ke tandas. Kecewa. Penuh kereta parked kat Petron menyebabkan saya terus keluar dari situ dan berhenti di Caltex yang berada hanya 300m di hadapan. [2:10am – 3:30am, 1j20m/60km] Tempoh stop 10m.

4. Jalanraya menuju ke Gua Muse agak lancar walau tidak laju. Polis trafik pasti kecewa jika buat operasi pada ketika itu. Plan nak berhenti di R&R GM tidak kesampaian memandangkan banyak kenderaan berhenti dan kawasan parking kelihatan sesak.

Saya meneruskan perjalanan melewati bandar Gua Musey dan berhenti untuk top up minyak di Petronas. [3:40am – 4:55am, 1j15m/85km] Masa stop selama 15 minit.

5. Selepas mengisi minyak dan melepaskan hajat, barulah teringat nak called biras saya yang berada di belakang.

Rupa-rupanya semasa saya sedang mengisi minyak, dia telah melepasi Petronas tersebut malah sudah pun melewati Hentian baru GM yang hanya 4km di hadapan. Saya memberitahunya yang kami akan stop di hentian itu dan menunggu masuknya waktu solat Subuh kerana khuatir terlewat solat Subuh jika sudah masuk hiway CSR.

Saya hanya terbayangkan next masjid ialah masjid kg Berchang yang berhampiran dengan simpang Sg Koyan yang berjarak lebih kurang 70km daripada Gua Musey.

Biras saya kata akan meneruskan perjalanan. (Later kami diberitahu yang mereka keluar dari hiway CSR dan pergi ke masjid di Merapoh untuk bersolat)[5:15am – 6:15am (1 jam stop untuk berehat betulkan urat mengantuk dan solat Subuh]

Baru separuh perjalanan. Nanti sambung…

Disclaimer: macam biasalah, semua situasi dan angka bukanlah tepat sangat.

27 Jun 2023 – 28 Jun 2023

8 Zulhijjah 1444 – 9 Zulhijjah 1444

6:25pm – tayar golek daripada Batang Kali, Selangor.

7:35pm – pitstop kat surau & tandas selepas simpang bukit fraser. (Done 1j10m/47km)

7:50pm – Selepas berhenti selama 15m, tukar drebar dan bergerak semula descending jalan sempit dan konar kiri kanan macam ular kena palu, menuju ke pekan Raub. Jem queue bermula simpang 3 jalan fraser hill dan jalan persekutuan 8 (Raub – Bentong) sehingga masjid daerah Raub. Belok kiri melencong melalui jalan Tengku Abdul Samad (depan hospital Raub)

9:20pm – Done 1j 30m/37km. Pitstop di Restoran Ikan Bakar Sri Tanjung 2 Raub untuk reload perut masing-masing. Boleh dipuji dari segi keselesaan, makanan cepat siap dan rasa yang tidak mengecewakan terutama sekali ikan pari bakar! Lama jugak menghabiskan masa di sini. Siap solat di surau restoran. Saja lepak buat lambat-lambat bagi kereta yang banyak-banyak tadi lepas pergi dahulu. 😎

11:30pm – Selepas berhenti selama 2j 10m, perjalanan di teruskan lagi dengan kekenyangan dan mengantuk mula menyerang. Sementelah pula pemanduan yang agak perlahan di sepanjang jalan menuju ke daerah Kuala Lipis.

Agak jem untuk melepasi trafic light. Jem lagi dan lebih perlahan beberapa km sebelum Hentian Benta. Jem lagi sebelum tiba di simpang bandar Kuala Lipis dan Petron. Jem bertambah seronok bermula sebelum simpang ke Sg Koyan sampailah ke laluan masuk ke Central Spine Rd. Selepas dapat enjoy memecut sedikit di atas had laju CSR, jem kembali menjelma apabila menghampiri penghujung CSR.

2:30am – Selepas memandu kejap laju kejap jem daripada Raub selama lebih kurang 3jam10m bagi jarak sejauh 142km, kami tiba di jajahan Gua Muse. Pitstop refuel kenderaan dan membuang lebihan perut di Caltex right before Hentian baru Gua Muse. Parking tepi stesen minyak dan minum nescafe latte sambil layan angin bayu awal pagi buat seketika. Alang-alang mesin tunggangan pun dah bagi peringatan “Take A Rest” dengan gambar secawan kopi panas berasap! ☕️

3:00am – meneruskan musafir di bumi Kelantan pula selepas melepasi sempadan negeri di penghujung CSR tadi. Negeri orang je ada lebuhraya, dalam negeri kita Membangun Bersama Islam ni entah bila nak siap.🤔 katanya dinamakan Lebuhraya Rakyat.

Jem sekejap dalam beberapa minit sebelum tiba di R&R Gua Muse yang lama. Walau jalan clear selepas melepasi R&R tetapi rata-rata pemandu tidak terburu-buru memecut di kawasan berhampiran Bukit/Gua Sejuk bagi pemandu-pemandu yang mengetahui kisahnya.🫢😬

Perlahan sahaja pemanduan di sepanjang laluan GM – KKrai. Kebanyakan tempat hanya di antara 70-80km/j kerana jumlah kenderaan yang agak banyak menuju Kuala Krai dan juga dari arah yang bertentangan. Beberapa ketika juga memandu di bawah kelajuan 50km/j apabila membontoti lori atau kereta yang dipandu oleh pemandu mengantuk, mungkin.

4:15am – berhenti di sebuah kedai makan di Laloh untuk bersahur. Done 1j15m/90km. Kami diberitahu bahawa banyak menu dah habis dan sevis agak lambat sedikit kerana semua pekerja orang Thailand balik beraya di kampung. Agak mengecewakan namun sahur diteruskan juga kat situ dengan penuh perasaan tawadhuk dan semangat pengorbanan raya korban.😁

5:10am – setelah menyemak masa perjalanan di google maps, kami jangka akan sempat sampai untuk bersolat subuh di masjid mukim Keroh. Perjalanan ke Kuala Krai diteruskan. Agak menghairankan kerana trafic light di simpang 3 Guchil tidak jem seperti kebiasaannya.

5:50am – tiba di masjid Keroh selepas pemanduan yang biasa-biasa selama 40m bagi jarak lebih kurang 42km.

6:30am – meneruskan perjalanan fasa terakhir dengan drebar baru yang tidur sepanjang perjalanan waktu malam. Masih berbaki lebih kurang 60-70km untuk sampai ke desa orang tua.

7:45am – safely landed selepas 1j15m/65km. Tammat.

Total masa mandu : 9jam je

Total masa berhenti : 4jam wey

Total masa keseluruhan : 13jam je

Disclaimer: masa dan jarak hanya anggaran semata. Dipercayai hampir tepat mengikut ingatan penulis yang sudah agak berusia.

Biasa kita melewati dan membaca di media sosial saudara mara kita dan sahabat handai kita yang menulis bercerita tentang pengalaman mereka di tanah suci. Lebih 40 hari bermukim di sana sudah pasti banyak yang dialami dan worth untuk dikongsi; sebagai panduan kepada orang lain atau sekadar menukilkan catatan buat kenangan dan tatapan sendiri di masa akan datang.

Saya sangat suka membacanya. Terima kasih kepada teman-teman kerana berkongsi cerita-cerita yang sedap dibaca. Pengalaman menarik yang digarapkan melalui tulisan dengan susunan kata-kata yang sangat teratur dan bahasa yang indah membuatkan seolah-olah kita mengalaminya sendiri. Terbit nyalarasa ingin dan rindu untuk ke sana pada masa akan datang.

Adakalanya cerita berkisar tentang pengalaman yang kurang enak sama ada dialami sendiri atau para jemaah lain, sebagai tauladan dan sempadan diri dengan iringan doa agar tidak tertimpa pula kepada tetamu lain nanti pada tahun-tahun yang mendatang.

Saya follow dan membaca setiap catatan yang melewati di medsos saya terutama di fesbuk. Malah mengulang baca beberapa kali.

Namun saya adakalanya sangat terganggu dengan kebanyakan komen ‘sibuk’ ingin bercerita pengalaman sendiri semasa ke tanah suci; sama ada ketika melaksanakan ibadah umrah atau pun haji dulu-dulu.

Pada saya, simpan jelah komen-komen sebegitu.

Saya cadangkan mereka cukup sekadar komen “saya ada pengalaman serupa (atau berbeza), boleh baca di wall saya (link)…” Kecuali posting asalnya menjemput para pembacanya berkongsi pengalaman masing-masing di ruangan komen. Jika tidak, usah menyampuk dengan cerita sendiri.

Kenapa kita tidak meraikan sahaja cerita dan pengalaman si penulis? Boleh sahaja komen dengan pertanyaan-pertanyaan berkisar kepada cerita-cerita pengalaman mereka itu. Atau sekadar menulis komen dengan frasa doa agar kita juga diberi peluang sedemikian nanti.

Anda biasa bersembang-sembang dengan sekumpulan rakan-rakan? Apabila si A memulakan cerita, si B pun mencelah, “aah, aku pun sama, (atau aku pulak lain)…” si A terkulat-kulat kena potong!

Lebih kurang begitu lah.

Sangat annoying! kan?

Semasa bersembang-sembang, dengar je dulu cerita kawan tu, fahami, tanyalah soalan-soalan berkaitan, minta penjelasan lanjut juga boleh. Last sekali kalau kita nak sangat bercakap, boleh bagi pendapat atau rumusan daripada cerita kawan tadi, selepas dia habis bercerita.

Kadang-kadang, dalam mesyuarat juga ada golongan sebegitu! Baik kita diam je lah. Tak perlu cakap apa-apa lagi. “Ya lah, kau betul!”

Haha!

10 MANAGEMENT TIPS FOR LEADERS

Posted: September 1, 2023 in kerja, motivasi

📌 Share Information :

Communicate the news that you can, so minds don’t wander.

📌 Say Thanks :

People want to feel appreciated! A simple thank-you note doesn’t cost a thing, and it makes a huge difference.

📌 Empower Through Delegation :

We know no one can do it as well as you can, BUT you need to delegate to give yourself time to complete tasks more appropriate for your level.

📌 Adjust Your Style :

You have many different communication styles and personalities on your team. Don’t think that you can manage everyone the same way, and don’t assume everyone likes to be managed the way you like to be managed.

📌 Set Small Milestones :

If you can’t match last year’s numbers, set milestones that can be reached.

📌 Have Fun :

Your team wants to enjoy going to work. Play ten minutes!

📌 Remove Obstacles :

Bureaucracy stifles creativity and inno-vation. Cut down some of the paperwork.

📌 Give Feedback :

If you can’t match last year’s numbers, set milestones that can be reached.

Your direct reports want feedback, and it’s crucial in making your team as productive as possible.

📌 Raise Your Hand :

When your people see you putting in extra hours, they are inspired to jump in and follow your lead.

📌 Focus Your Time :

It’s the old 80:20 principle. Focus the majority of your time and attention on the 20% of your people and projects that generate 80% of your results.

[extracted daripada wall facebook kawan saya Nor Idham Che Ghani]

Jurnal Inspirasi Syukur:-

  1. Dikurniakan jaga sebelum sampai waktu subuh daripada tidur yang nyenyak.
  2. Diberi kesihatan diri yang baik termasuklah anak isteri dan kaum keluarga.
  3. Dianugerahkan rezeki dapat beribadah di selang waktu yang ada sebelum masuk waktu subuh.
  4. Direzekikan kesempatan dan kekuatan bersolat jemaah subuh.
  5. Diberi selera bersarapan dua keping roti wholemeal disapu mentega bersama bancuhan cereal 3in1
  6. Dikurniakan pancaindera yang baik dan mampu mengucapkan kata-kata dan takbir raya.
  7. Diberi rezeki dapat membeli dan membaca buku tulisan TZN..

Alhamdulillah banyaknya rezeki yang dinikmati yang wajar disyukuri walau baru hanya hidup sepagi…

Keep going and growing

Posted: Julai 13, 2021 in Uncategorized

When you feel distracted or stand still.. Remember your:

1. Big WHY

2. Targets

3. Plans

Imej  —  Posted: Jun 6, 2021 in Uncategorized