Archive for the ‘sosial/budaya’ Category

Fahami Alquran

Posted: Januari 15, 2024 in agama, motivasi, sosial/budaya
Tag:, ,

Orang Islam sejak kecil seperti masyarakat Melayu, kebanyakannya memang belajar, tahu dan selalu membaca Alquran.

Dialunkan dengan sedap dan berbagai alunan.

Surah-surah seperti Almulk, Alkahfi, Yaasin, Assajdah, dll sememangnya menjadi amalan bacaan setiap minggu..

Namun begitu, tidak semua orang yang amal membaca Alquran memahami kandungan maknanya.

(Tidak sedikit juga yang belum memahami makna bacaan dan doa di dalam solat walaupun lancar dan baik bacaannya. Makna doa iftitah, doa qunut umpamanya.)

Hanya sedikit yang membuka Alquran dan membaca hanya terjemahannya secara keseluruhannya daripada Alfatihah hinggalah Annaas. Khatam membaca terjemahan Alquran.

Memahami isi kandungan Alquran. Dari kulit ke kulit.

Proses ini boleh ditingkatkan pula dengan menelaah dan mengetahui kisah dan sebab satu-satu ayat diturunkan.

Mutakhir ini viral ramai orang belum Islam yang cuba membaca Alquran. Mereka terkesan dengan peristiwa yang berlaku di timur tengah.

Mereka tidak bermula dengan belajar membaca Alquran seperti anak-anak kecil dalam masyarakat kita.

Mereka membaca Alquran di dalam bahasa mereka. Mereka membaca dan terus memahami setiap ayat Alquran.

Mereka terus nampak keindahan dan keajaiban kandungan Alquran. Tetapi kita..?

“I have read the Book Alquran…” ungkapan kata-kata mereka tidak sama maksudnya dengan masyarakat kita berkata “saya selalu baca Alquran…”

Secara umumnya, begitulah.

Jom, tadabbur Alquran. Bukan sekadar hanya ulang membaca ayat-ayatNya.

Sambungan citer yesterday…

6. Sebaik sahaja melepasi CSR, saya minta ‘para penumpang’ menggoogle restoran untuk kami bersarapan di kawasan Raub. Kebanyakannya buka lewat.

Yang ada hanya warung tepi jalan yang kesemuanya kelihatan kereta parking berderet-deret dan kedai sesak dengan manusia.

7. Menuju ke bandar Raub, jem mula terbentuk kerana trafic lite di kawasan pekan.

Biasanya saya akan melencong masuk ke simpang Gesing tetapi sudah terlambat kerana saya sudah meninggalkan simpang itu agak jauh di belakang.

Kami melewati pekan Raub tanpa berhenti untuk bersarapan. Kami akhirnya sampai di simpang tiga ke bukit Fraser dan membelok ke kanan untuk melalui jalan ke bukit Fraser kerana jalan Genting Highland – Batang Kali masih ditutup kepada orang awam.

Berhenti sejenak untuk ambil udara luar dan tukar drebar. [6:15am – 8:30am, 2j15m/148km] Masa stop 5minit.

8. Selepas tukar drebar barulah saya dapat berehat dan tidur nyenyak. Sedar-sedar dah dekat nak sampai simpang Gap. Stop kejap untuk ke tandas dan sedut udara segar tanah tinggi yang berketinggian 850m asl.

Tidak seperti semasa kami singgah 4 hari sebelum, di waktu malam yang menyeramkan. Suasana di sini gelap gelita jika bulan langsung tidak bercahaya.

Pada ketika ini kami tidak sendirian, ada beberapa mat motor sedang lepak-lepak bersembang sesama mereka. Agaknya take five sebelum meneruskan konvoi ke puncak bukit Fraser. [8:35am – 9:20am, 45m/30km] Masa stop 15minit.

9. Apabila duduk di sebelah pemandu, baru saya dapat rasakan bahawasanya kita sangat berisiko untuk pening, loya dan muntah jika kenderaan dipandu secara sembrono.

Selama ini saya tidak merasakannya jika saya yang memandu sendiri. Elok jugalah kami tidak bersarapan dahulu di bawah tadi sebab kalau perut kenyang lepas makan, kemungkinan untuk mudah merasa mual dan muntah adalah sangat tinggi.

Alhamdulillah kami sampai di pekan kami dengan selamat dan happy.

Diaorang bercadang nak breakfast di Bask Bear. “Hah? Apa tu? Makan apa kat situ?” [9:35am – 10:30am, 55min/47km]

10. Bagus sangatlah kami makan di tempat yang berdekatan dengan rumah. Nak gegas balik memerut pun cepat je.

Total masa pemanduan: 7jam 15min

Total km: 423km

Total masa berhenti: 2jam

Total masa keseluruhan: 9jam 15min

Disclaimer: mana-mana situasi dan angka hanya anggaran sahaja dan mungkin kurang tepat. Please do not argue.

Sempat saya bincang-bincang dengan biras tentang bila masa nak bertolak balik rumah. Atas beberapa justifikasi, kami memutuskan untuk bertolak sama-sama pada waktu tengah malam. Sempatlah drebar tidur sekejap selepas waktu Isyak.

13 Zulhijjah 1444 / 2 Julai 2023:

1. Bangun tidur, mandi dan solat. [12:30am]

2. Tayar mula bergolek dengan saya berada di hadapan dan biras saya memandu keretanya mengikuti dari belakang.

Kami stop di Shell Mace kerana dia nak isi minyak. Dia memang sentiasa amalkan Shell sahaja tak macam saya yang asal sempat atau asal ada, semua brand boleh masuk. Paling kerap Petronas lah sebab Setel je. [1:10am – 1:55am (45m/49km)] Tempoh stop: 15minit.

3. Jem mula dirasai dalam jarak 15km sebelum Guchil. Amat ramai juga rupanya yang mulakan perjalanan pada tengah malam buta. Selepas simpang tiga Guchil, jalan lancar walaupun perlahan.

Biras saya ketika ini berada di belakang selang beberapa buah kenderaan ketika saya berjaya memotong beberapa kenderaan tadi sedangkan dia tidak ikut memotong. Sorry!

Sebelum sampai Petron Laloh, saya called dia nak bagitahu saya akan berhenti sekejap untuk ke tandas. Kecewa. Penuh kereta parked kat Petron menyebabkan saya terus keluar dari situ dan berhenti di Caltex yang berada hanya 300m di hadapan. [2:10am – 3:30am, 1j20m/60km] Tempoh stop 10m.

4. Jalanraya menuju ke Gua Muse agak lancar walau tidak laju. Polis trafik pasti kecewa jika buat operasi pada ketika itu. Plan nak berhenti di R&R GM tidak kesampaian memandangkan banyak kenderaan berhenti dan kawasan parking kelihatan sesak.

Saya meneruskan perjalanan melewati bandar Gua Musey dan berhenti untuk top up minyak di Petronas. [3:40am – 4:55am, 1j15m/85km] Masa stop selama 15 minit.

5. Selepas mengisi minyak dan melepaskan hajat, barulah teringat nak called biras saya yang berada di belakang.

Rupa-rupanya semasa saya sedang mengisi minyak, dia telah melepasi Petronas tersebut malah sudah pun melewati Hentian baru GM yang hanya 4km di hadapan. Saya memberitahunya yang kami akan stop di hentian itu dan menunggu masuknya waktu solat Subuh kerana khuatir terlewat solat Subuh jika sudah masuk hiway CSR.

Saya hanya terbayangkan next masjid ialah masjid kg Berchang yang berhampiran dengan simpang Sg Koyan yang berjarak lebih kurang 70km daripada Gua Musey.

Biras saya kata akan meneruskan perjalanan. (Later kami diberitahu yang mereka keluar dari hiway CSR dan pergi ke masjid di Merapoh untuk bersolat)[5:15am – 6:15am (1 jam stop untuk berehat betulkan urat mengantuk dan solat Subuh]

Baru separuh perjalanan. Nanti sambung…

Disclaimer: macam biasalah, semua situasi dan angka bukanlah tepat sangat.

27 Jun 2023 – 28 Jun 2023

8 Zulhijjah 1444 – 9 Zulhijjah 1444

6:25pm – tayar golek daripada Batang Kali, Selangor.

7:35pm – pitstop kat surau & tandas selepas simpang bukit fraser. (Done 1j10m/47km)

7:50pm – Selepas berhenti selama 15m, tukar drebar dan bergerak semula descending jalan sempit dan konar kiri kanan macam ular kena palu, menuju ke pekan Raub. Jem queue bermula simpang 3 jalan fraser hill dan jalan persekutuan 8 (Raub – Bentong) sehingga masjid daerah Raub. Belok kiri melencong melalui jalan Tengku Abdul Samad (depan hospital Raub)

9:20pm – Done 1j 30m/37km. Pitstop di Restoran Ikan Bakar Sri Tanjung 2 Raub untuk reload perut masing-masing. Boleh dipuji dari segi keselesaan, makanan cepat siap dan rasa yang tidak mengecewakan terutama sekali ikan pari bakar! Lama jugak menghabiskan masa di sini. Siap solat di surau restoran. Saja lepak buat lambat-lambat bagi kereta yang banyak-banyak tadi lepas pergi dahulu. 😎

11:30pm – Selepas berhenti selama 2j 10m, perjalanan di teruskan lagi dengan kekenyangan dan mengantuk mula menyerang. Sementelah pula pemanduan yang agak perlahan di sepanjang jalan menuju ke daerah Kuala Lipis.

Agak jem untuk melepasi trafic light. Jem lagi dan lebih perlahan beberapa km sebelum Hentian Benta. Jem lagi sebelum tiba di simpang bandar Kuala Lipis dan Petron. Jem bertambah seronok bermula sebelum simpang ke Sg Koyan sampailah ke laluan masuk ke Central Spine Rd. Selepas dapat enjoy memecut sedikit di atas had laju CSR, jem kembali menjelma apabila menghampiri penghujung CSR.

2:30am – Selepas memandu kejap laju kejap jem daripada Raub selama lebih kurang 3jam10m bagi jarak sejauh 142km, kami tiba di jajahan Gua Muse. Pitstop refuel kenderaan dan membuang lebihan perut di Caltex right before Hentian baru Gua Muse. Parking tepi stesen minyak dan minum nescafe latte sambil layan angin bayu awal pagi buat seketika. Alang-alang mesin tunggangan pun dah bagi peringatan “Take A Rest” dengan gambar secawan kopi panas berasap! ☕️

3:00am – meneruskan musafir di bumi Kelantan pula selepas melepasi sempadan negeri di penghujung CSR tadi. Negeri orang je ada lebuhraya, dalam negeri kita Membangun Bersama Islam ni entah bila nak siap.🤔 katanya dinamakan Lebuhraya Rakyat.

Jem sekejap dalam beberapa minit sebelum tiba di R&R Gua Muse yang lama. Walau jalan clear selepas melepasi R&R tetapi rata-rata pemandu tidak terburu-buru memecut di kawasan berhampiran Bukit/Gua Sejuk bagi pemandu-pemandu yang mengetahui kisahnya.🫢😬

Perlahan sahaja pemanduan di sepanjang laluan GM – KKrai. Kebanyakan tempat hanya di antara 70-80km/j kerana jumlah kenderaan yang agak banyak menuju Kuala Krai dan juga dari arah yang bertentangan. Beberapa ketika juga memandu di bawah kelajuan 50km/j apabila membontoti lori atau kereta yang dipandu oleh pemandu mengantuk, mungkin.

4:15am – berhenti di sebuah kedai makan di Laloh untuk bersahur. Done 1j15m/90km. Kami diberitahu bahawa banyak menu dah habis dan sevis agak lambat sedikit kerana semua pekerja orang Thailand balik beraya di kampung. Agak mengecewakan namun sahur diteruskan juga kat situ dengan penuh perasaan tawadhuk dan semangat pengorbanan raya korban.😁

5:10am – setelah menyemak masa perjalanan di google maps, kami jangka akan sempat sampai untuk bersolat subuh di masjid mukim Keroh. Perjalanan ke Kuala Krai diteruskan. Agak menghairankan kerana trafic light di simpang 3 Guchil tidak jem seperti kebiasaannya.

5:50am – tiba di masjid Keroh selepas pemanduan yang biasa-biasa selama 40m bagi jarak lebih kurang 42km.

6:30am – meneruskan perjalanan fasa terakhir dengan drebar baru yang tidur sepanjang perjalanan waktu malam. Masih berbaki lebih kurang 60-70km untuk sampai ke desa orang tua.

7:45am – safely landed selepas 1j15m/65km. Tammat.

Total masa mandu : 9jam je

Total masa berhenti : 4jam wey

Total masa keseluruhan : 13jam je

Disclaimer: masa dan jarak hanya anggaran semata. Dipercayai hampir tepat mengikut ingatan penulis yang sudah agak berusia.

Biasa kita melewati dan membaca di media sosial saudara mara kita dan sahabat handai kita yang menulis bercerita tentang pengalaman mereka di tanah suci. Lebih 40 hari bermukim di sana sudah pasti banyak yang dialami dan worth untuk dikongsi; sebagai panduan kepada orang lain atau sekadar menukilkan catatan buat kenangan dan tatapan sendiri di masa akan datang.

Saya sangat suka membacanya. Terima kasih kepada teman-teman kerana berkongsi cerita-cerita yang sedap dibaca. Pengalaman menarik yang digarapkan melalui tulisan dengan susunan kata-kata yang sangat teratur dan bahasa yang indah membuatkan seolah-olah kita mengalaminya sendiri. Terbit nyalarasa ingin dan rindu untuk ke sana pada masa akan datang.

Adakalanya cerita berkisar tentang pengalaman yang kurang enak sama ada dialami sendiri atau para jemaah lain, sebagai tauladan dan sempadan diri dengan iringan doa agar tidak tertimpa pula kepada tetamu lain nanti pada tahun-tahun yang mendatang.

Saya follow dan membaca setiap catatan yang melewati di medsos saya terutama di fesbuk. Malah mengulang baca beberapa kali.

Namun saya adakalanya sangat terganggu dengan kebanyakan komen ‘sibuk’ ingin bercerita pengalaman sendiri semasa ke tanah suci; sama ada ketika melaksanakan ibadah umrah atau pun haji dulu-dulu.

Pada saya, simpan jelah komen-komen sebegitu.

Saya cadangkan mereka cukup sekadar komen “saya ada pengalaman serupa (atau berbeza), boleh baca di wall saya (link)…” Kecuali posting asalnya menjemput para pembacanya berkongsi pengalaman masing-masing di ruangan komen. Jika tidak, usah menyampuk dengan cerita sendiri.

Kenapa kita tidak meraikan sahaja cerita dan pengalaman si penulis? Boleh sahaja komen dengan pertanyaan-pertanyaan berkisar kepada cerita-cerita pengalaman mereka itu. Atau sekadar menulis komen dengan frasa doa agar kita juga diberi peluang sedemikian nanti.

Anda biasa bersembang-sembang dengan sekumpulan rakan-rakan? Apabila si A memulakan cerita, si B pun mencelah, “aah, aku pun sama, (atau aku pulak lain)…” si A terkulat-kulat kena potong!

Lebih kurang begitu lah.

Sangat annoying! kan?

Semasa bersembang-sembang, dengar je dulu cerita kawan tu, fahami, tanyalah soalan-soalan berkaitan, minta penjelasan lanjut juga boleh. Last sekali kalau kita nak sangat bercakap, boleh bagi pendapat atau rumusan daripada cerita kawan tadi, selepas dia habis bercerita.

Kadang-kadang, dalam mesyuarat juga ada golongan sebegitu! Baik kita diam je lah. Tak perlu cakap apa-apa lagi. “Ya lah, kau betul!”

Haha!

sahabat lama

Posted: November 9, 2011 in motivasi, pendidikan, sosial/budaya

di angkat daripada wallpost FB…

Beberapa hari lalu jumpa kawan lama. Mmg lama tak jumpa. Lbh kurang 25 th tak jumpa. sy tegur dia, Assalamualaikum ! Dia lari tanpa jwb salam. lalu sy kata : oi broo ! ni gua laaa, lu mana mau lari ? Dia tanya : Lu sapa ? Oit, lu tak ingat kat gua ka ? Sy pun bg password 25 th dulu, gua Be _ _ n _ _ s laaa.. oooooo, ingat org dakwah mane tadi… Knp Lu jd mcm ni ? sy bingkas : jd lagu mana ? ishh…, tak sangka laa kau jd ostad ! Aaaa sudah2, jom kita pekena kopi radix dulu …2 jam kami berbual, berakhir dgn titisan air mata mengalir di pipinya… Keras2 hatinya akhirnya menitis jua air mata apabila sy tanya satu soalan stlh membilang beberapa geng kami dulu tlh kembali kerahmatillah, brooo, akn tiba giliran kita, so apa bekal koo utk kembali pd Tuhan … Dia menangis…
cerita dikongsi di sini sebagai panduan dan peringatan untuk diri sendiri jua.

values in oneself

Posted: Oktober 13, 2011 in ekonomi/biz, motivasi, sosial/budaya

Successful people are successful because they are very clear about their values. Unsuccessful people are fuzzy or unsure. Complete failures have no real values at all. – brian tracy.

bagaimana dengan anda? coming to penghujung tahun ni, ramai orang akan mula bercakap tentang azam baru. tanpa menyedari betapa perlunya jelas tentang nilai dalam diri masing-masing dan matlamat serta wawasan (goal) yg hendak dicapai. masih lg kurang jelas dan terkial2 nak setting misi, visi, ‘business plan’, bajet dan costing… walaupun hanya sebagai seorang individu, atau sekadar ketua keluarga!

empower yourself

Posted: Julai 19, 2011 in motivasi, sosial/budaya

you have to empower yourself among your staffs. be outstanding. you have less than one year to prove yourself. good luck!

tiap-tiap tahun diraikan Hari Guru pada setiap 16 mei. namun sekolah tak tutup pun. pada 16 mei, guru-guru lebih teruja mengajar atau pun guru-guru beraya kat bilik guru?

anak-anak aku bersungguh2 dan dah siap2 beli dah hadiah untuk guru kelas dia dan semua guru-guru lain. baguslah tu kalau anak-anak murid teruja nak raikan guru masing2 pada setiap 16mei.

teringat beberapa tahun lalu aku jumpa balik dengan cikgu aku, misai lebat maintain. guru disiplin Cikgu Shafiee. dulu takut, sekarang hormat. aku sapa beliau, salam peluk dan sembang2. air mata beliau berlinangan agaknya sebab seronok jumpa setelah lebih 15 tahun tak jumpa. sayang aku tak amik gambar kami masa tu. 

terima kasih cikgu, maafkan saya cikgu. semoga Allah redha dan rahmati cikgu-cikgu semua, selamanya

ni citer berkenaan dengan kejiranan dan hubungan silaturrahim sesama kita. hablumminannas.

sejak khamis 3 hari lepas, abgjiran parking lori 3tan dia betul2 depan rumah aku. memanglah tidak mengganggu atau menghalang keta aku keluar masuk. cuma di dpn pagar. dan banyak komplen dari jiran2lain sebenarnya berbanding aku sendiri. 

“selamba kodok je parking depan umah oranglain, parking la depan umah sendiri.”

“kan lagi elok kalau parking dalam rumah kosong tu” 

termasuklah saranan nakal “kita bakor je”. 

mlm tadi aku poskan kat FB “best sungguh ada lori. Bayangkan sebesar2 lori 3tan ni, dh 3 hari parking depan umah aku!” ada respon “Bocorkan tayar dia tu 🙂 hihihi” . dan seorangjiran yang lain bg respon “Kau kesah rupanya,aku igt nko x kesah…:) ”

takde aku nak kesahkan sangat, aku takde hak pun nak ckp apa selagi jalan aku tidak dihalang. premis aku cuma dlm kws pagar aku ni je. luar pagar tu kira kws public ler dok? cuma petang semalam rasa geram gak la dengan lori (dengan lori tu?) tu sbb anak2 terganggu masa nak main2 depan rumah. 

pagi ni saja aku gatal tangan taip sms ni, “salam abg***, kalau parking lama, sy cdgkan elok abg*** parking lori dlm pgr rumah kosong sblh umah sy ni. tima kasih” 2 jam sms tu tersimpan dlm draft sms. then, tersentlah sms tu adanya tadi.

dengan pantasnya lori telah dialihkan oleh anaknya along setelah aku terhantar sms tu, parking depan rumah dia sendiri plak.  jauh dsudut hati aku berharap abg*** tidak kecik hati dengan sms tu. terimakasih bang.