exora

Posted: Mei 4, 2011 in Uncategorized

dah pakai exora sejak pertengahan januari. dah service kali kedua (5,000km) bulan lepas. tadi pegi pusat servis proton sbb dah beberapa kali enjin tiba2 mati masa berenti kat simpang atau traffic light. malam tadi enjin boleh tetiba mati masa kelajuan lebih kurang 30km/j, tapi enjin idup balik sbb masih dalam gear dan keta sedang gerak (mcm org tolak keta yg susah nk idup atau bateri kong) . dalam hati aku ni mesti something wrong dengan elektronik atau wiring. nasib baik masih dalam waranty.

selain itu sebelum capai 5k km lagi, absorber depan dh bunyi kereok kereak bila lalu bumpy atau jalan tak rata atau membrek. aku plan nk minta pusat servis ganti terus absorber tu.

baru balik dari pusat servis, lepas check enjin, tuning tak cantik, diaorang buat tuning enjin. tiada tukar barang atau usik benda lain. pasal absorber tu, diaorang cakap ada skru kat bawah tu (kt arm atau ntah pa) yang longgar skit. dh ketatkan balik.

on the way balik, absorber senyap. enjin okay. thank you. kalau enjin tiba2 mati lagi boleh ke minta diaorang tukar enjin? hahaha

Komen-komen
  1. Fauzi berkata:

    Salam sdr Irsha,

    Exora sy pun br lepas 5000km.. problem dia sama dengan problem yg sdr hadapi.. absorber depan kiri bunyi kreok.. kriek dan berdentam bila tempuh bumper atau jln tak rata..

    Proton kena tengok masalah ni.. pasal engineering ka atau workmanship.. atau tak test betul2..

    Sy belum betul kan lagi problem ni.. Exora sdr lepas dibetulkan tu, hilang terus ke problem sampai sekarang?

    • irsha berkata:

      baik pegi check dulu, takyah tunggu next service. alhamdulillah selepas diaorang betulkan tanpa caj pun, dah takde bunyi dah. kalau kes en fauzi sama dengan saya, risau juga skru tu longgar sangat. nanti benda lain plak rosak. hantar check dulu lah. terimakasih.

  2. irsha berkata:

    en fauzi, biras saya pakai exora HL selepas setahun dia antar glenmarie, tukar terus absorber depan, sebab bunyi mcm absorber dah kong je…

Tinggalkan komen