KTMB yang cemerlang

Posted: Februari 19, 2009 in alamsekitar

pengalaman cemerlang menggunakan perkhidmatan cemerlang KTMB yang terbilang. pada pagi 13 februari 2009 yang indah, aku naik ktm komuter dari stesen putra pada jam 6.30pagi ke destinasi batang kali. kena tukar tren di stesen rawang. mengikut jadual yang tertera, komuter rawang – kuala kubu bharu bertolak pada 7.35 pagi namun di sebabkan masalah teknikal pada komuter, tren bertolak lebih kurang kul 8pagi selepas beberapa juruteknik ktm berusaha merepair. selepas lebih kurang 100 meter bergerak, komuter broke down semula. kesian kat juruteknik kena jalan kaki daripada stesen rawang ke tempat komuter mati. diaorang godek2 tapi lepas hampir 30 minit, komuter takleh idup jugak.  drebar bagi arahan supaya semua penumpang (ada la lebih kurang 10 orang) termasuk seorang pekerja ktmb sendiri yang nak gi bertugas di stesen btg kali, turun dan jalan kaki ikut jalan keretapi ke stesen semula. masa tu ada satu tren express ke utara yang sedang melepasi stesen rawang dan bergerak perlahan. drebar komuter tahan tren tu, tren tu berhenti, dia buka pintu dari luar dan dia suruh semua orang naik… aku pun okay la, sama gak naik tren mana2 pun,  sampai btg kali.

alkisahnya, tren tu tak berenti dan laju je melepasi stesen serendah, aku dah tertanya2 dan cuba cari loceng untuk tekan nanti bila sampai batang kali. takda! tren express…lojik la kan. tren tu laju je lepasi stesen-stesen kecik tu. seorang officer yang cemerlang cakap dengan selamba, kita takleh berenti tanpa approval. okay, sampai lah stesen tg malim, baruuuu lah dia berenti.

persoalannya,

1) mamat drebar komuter yang terkandas tu, tahan dan suruh penumpang naik tren express tu, dia tak tahu ke yang tren express tu takleh berenti di destinasi2 penumpang2 komuter tu?

2) mamat drebar tren express tu bangang ke main berenti dan bagi naik walhal dia tak boleh berenti di destinasi penumpang komuter tu? sedari awal lagi, cakap lah takleh bagi tumpang!

3) bila turun di tg malim, langsung takde usaha untuk bagi alternatif kepada penumpang yg jadi mangsa. kecuali master stesen (aku dgr budak ktmb yg ikut sama tu panggil dia, master!) (cemerlang sungguh, dia pakai tshirt mcm cap pagoda je) cuma bgtau jalan ke stesen bas tg malim untuk balik semula ke kuala kubu bharu!  sebab dia kata tren shuttle dari ipoh ke rawang akan cuma sampai kul 10.30 pagi. masa tu entah kul brp, blom kul 9 lg rasanya.

budak ktmb yg sama nak ke btg kali tu ajak naik bas, dia akan bayar tambang untuk semua, gemilang sungguh. tapi aku memilih untuk tidak ikut jadi bodoh… aku tak ikut dorang.

aku tumpang keta orang ke stesen kkb, cemerlang sungguh abang tu bawa keta sport dia. sampai kkb tren ke rawang hampir nak jalan dah, aku confirm geng2 yg naik bas tu entah dok mana2 lagi. amik tren ke btg kali.

aku dengar ktmb sekarang tengah kempen “1 ktmb, 1 ringgit, 1 goal” kempen nak untung seringgit? seringgit dari setiap penumpang? seringgit dari setiap gerabak? atau seringgit dari setiap kepala keretapi? entah, mana lah aku tahu. gemilanglah ktmb.

Komen-komen
  1. Najwa Aiman berkata:

    Tren ekspres tu dapat approval berhenti bila ditahan drebar komuter tu ek? Ekekekekeke… Power sungguh drebat komuter tu. Dia le rupa-rupanya yang berkuasa beri approval untuk tren ekspres berenti.

  2. irsha berkata:

    tajam sungguh pengamatan hang. aku pun pelik, boleh lak dia berenti time tu. tapi time tu bukan kat platform stesen. cuma dia slow giler sebab kawasan stesen rawang. stesen2 selepas tu dia pecut laju jek…

  3. irsha berkata:

    ha ah kan… boleh dia stop masa suruh kitaorang naik tu.

  4. tren express mmg kdg2 berhenti di rawang untuk clearkan mainline utara, selalunya utk laluan komuter. phentian selanjutnya adalah di perhentian besar yang mana memang dalam jadual hentian. express x boleh sesuka hati berhenti kecuali jika dpt kebenaran dari bilik kawalan trafik rel di sentral kuala lumpur. lgpun waktu pg banyak tren freight turun naik n untuk elakkan sesak atau bertembung di mainline, express kena teruskan pjalanan ikut schedule.

    apa boleh buat. benda x expect. train breakdown mmg xleh wat ape la.

  5. irsha berkata:

    terima kasih jack, sudi singgah di sini.

    yer lah. rosak takleh buat apa2 lah. unexpected. persoalannya selepas terkena nasib mcm tu (tertumpang tren express dan terlajak ke tg malim) tiada apa2 tindakan yg menarik drp pihak ktmb khususnya di tg malim. entahlah ktmb…

  6. alan berkata:

    servis ktmb memg bangang. pulak tu penah sekali aku kene tengking staf jual tiket. ade ke patot dia caka “ko tak beli tiket pun aku tak rugi”. dia tak sedar selama ni dia dapat makan sebab kite beli tiket ktm. aku kene kat bndar tsk sltn, nama dia mohd khairul. ikotkan ati nak je aku tumbuk muka dia

    • irsha berkata:

      tak baik tumbuk orang hihihi. boleh hantar nama dia ke mgmt. rasanya si khairul tu dh tak minat keja situ kot

  7. aris berkata:

    sepatutnya pihak pengurusan komuter ktmb mencontohi pengurusan ERL. Belajar cara bagaimana nak manage jadual tren, pengurusan yg cekap dan efisien. Sampai bila komuter nak berubah…Saban hari tren komuter penuh giler penumpang lebih2 lagi peak hours…. huh padat….. ramai org nak guna perkhidmatan ni tp pihak pengurusan langsung x amek kisah janji untung…. kalu dipertingkatkan servis tren yang selesa, tren samapai ikut jadual, staf yang berhemah macam ERL rasanyer takde masalah org ramai bayar lebih sket pasal selesa dan tidak menyusahkan pengguna.

  8. jack berkata:

    hidup segan mati xmau… 1 malaysia…

  9. Ferdaus_Fairuzs berkata:

    Salam… Saje je nak tambah2 sikit pasal KTMB nie…hhehehe, Standard Perkhidmatan KTMB
    Komuter, Tak Sah Jika Tak terlewat melebihi 5 Minit dari jadual asal, kdng2 sampai 1 jam, tk tahulah ape masaalah… tp bagi sayalah kan.. KTMB kne kaji semula Jadual Tren, Komuter, Inter-City, Ets ngan Kargo Train, bukan ape untuk melancarkan lagi perjalanan, KTMB dah berpuluh-puluh taun kat Malaysia, sepatutnya die lebih berpengalaman berbading ERL atau Rapid Kl Tren, 2 baru nk komplen pasal Komuter, blom masuk Inter-City lagi, mcm2 masaalah daripada Coach Tren hinggalah ke Kepala Kerataapi sendiri, jika di lihat semula lah kan, bnyk Coach2 terutamanya Coach Economy Class yg rasanya dh tk perlu pakai kerana begitu uzur tp KTMB masih pakai lg, jgn terkejutlah kalau kite nampak Tren Ekspres Coach Economy yang ade pecah2 tingkap, yang dh lusuh warne, tingkap retak, 2 standard lah 2… 2 blom lagi citer kt dalam… sepatutnya untuk keselesaan pengguna tren ekspres, walaupun kelas ekonomi, pihak ktmb harus mengambil bert mengenai keselesaan penumpang… sbb kdng2 perjalanan tren ekspres bukan dekat, terutama sekali Gemas-Hadyai.. dekat 13 jam dok dlm 2

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s