bersahur

Posted: Ogos 12, 2010 in agama, politik, sosial/budaya

bersahur adalah ibadah sunat dan digalak lewatkan sahur. selain daripada dibuat kerana ianya sunat, amalan bersahur sudah menjadi satu tradisi dalam masyarakat Islam Malaysia di tempat2 tertentu. Amalan bersahur dimeriahkan dengan cara2 yang pelbagai. Antaranya memalu gendang di surau, memainkan alunan bacaan Quran melalui pembesar suara surau/masjid, berselawat dan bergerak dari rumah ke rumah.

Lepas sahur dinihari tadi, aku ke luar rumah untuk ‘ambil angin’. rumah di kiri kanan rumah aku bergelap, 1 daripada rumah2 di depan juga bergelap. aku berpendapat mungkin mereka sudah bersahur awal sedikit dan terus sambung tidur. Aku terfikir juga mungkin penghuni rumah tidak terjaga untuk bersahur?. 

Kalau dulu2 (30 tahun lalu), ayah aku selalu apabila bangun untuk bersahur akan membuka tingkap dan melihat ke 2 rumah jiran di belakang rumah kami. kalau rumah2 tersebut masih bergelap sedangkan jam menunjukkan waktu 5 pagi, ayah aku akan menjerit dan mengejutkan mereka. setelah melihat lampu di dalam rumah terpasang, barulah ayah aku menutup tingkap semula. ada kalanya, keluarga kami yang dikejutkan untuk bersahur oleh jiran.

Tadi pagi, aku terfikir untuk menjerit atau memanggil jiran2 aku bangun bersahur, namun aku berbelah bagi. Okaylah, tak usah menjerit, mungkin aku boleh menalipon mereka supaya bangun bersahur. Terlintas pula difikiran aku, mungkin mereka sudah bangun bersahur lebih awal dan tidur kembali.  

Amalan tradisi orang tua aku dulu2 sudah terkubur.

Komen-komen
  1. Najwa Aiman berkata:

    Masa kat asrama dulu, depa laung jek – “Saok! Saok! Saok!” Berganutng kepada siapa yang menjerit, kekadang implikasinya ialah penampar… eheks…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s