hari terakhir

Posted: Mei 31, 2010 in ekonomi/biz, politik, sosial/budaya

hari ini merupakan penamat kisah suka duka di sepanjang memikul tugas dan tanggungjawab sebagai pengurus projek di syarikat ni. alhamdulillah, aku tinggalkan satu projek yang menguntungkan untuk diteruskan oleh penjawat baru nanti.

semoga syarikat terus mengorak langkah berkembang dan menempa nama yang masyhur di dalam industri, di dalam negeri Kelantan dan di seluruh Malaysia, seterusnya melebarkan sayap ke negara-negara Asean. (bermula seawal Julai nanti jika berhasil urusan eksport ke Indonesia yang sedang dalam peringkat akhir proses perancangan dan memeterai janji.)

terlintas rasa berat di hati untuk meninggalkan ‘masa depan’ di sini. namun, selepas beberapa purnama, ternyata sukar untuk aku mendapatkan kepuasan bahkan hati menjadi semakin gelisah dan berserabut dengan segala macam kerenah dan sikap manusia di dunia sebelah sini. biarlah, ini dunia mereka, dan aku tidak betah di sini.

terima kasih untuk segalanya. dan halalkan segala yang termakan, terminum, terkasar bahasa, terguris perasaan (dan terpunch card lewat!) di sepanjang tempoh berada di sini. SELAMAT MAJU JAYA.

Komen-komen
  1. anonymous berkata:

    salam,koment tiada kaitan dgn entri yg ni tapi entri yajuk buka sekolah.anak you yg sulong baik nyaaa…sangat le considerate.kasut dah koyak sikit pun kata ok lagi and pilih pensil case pun yang tak sampai rm10 pun..hehe sukanya…budak2 sekarang mana ada lagi jenis mcm tu..lagi pulak lelaki..moga dia terus keep tht great attitude sampai remaja…

    • irsha berkata:

      definitely he is a very good kid. paling best tengok dia layan /tolong adik yg kecik, 1 1/2 tahun. dua2 tu sangat serasi

  2. norizanawi berkata:

    Mulakan kangkah & azam yg baru di tempat baru,tinggalkan segala kenangan duka…. selamat menempuh kerja di tempat yg baru…

    • irsha berkata:

      yes my dear, sini kerja bagus, environment bagus, rakan kerja pun bagus. alhamdulillah. harap2 dapat terus sampai umur pencen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s