pantun mari solat…

Posted: Mei 25, 2010 in agama, motivasi, puisi, Uncategorized

Pantun Mari Sembahyang yg sungguh manja sekali ……….

Apasal la aku malas sembahyang,

Tuhan kasi aku jasad siap dgn bayang – bayang,

Bukan ke lebih beruntung drpd tiang,

Berdiri tanpa roh malam & siang…

Apasal la aku malas sembahyang,

Kerja dah best keluarga pun dah senang,

Negara pun dah aman tdk lagi hidup berdagang,

Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang…..

Apasal la aku malas sembahyang,

Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,

Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,

Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang…

Apasal la aku malas sembahyang,

Main bola aku sanggup sampai petang,

Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,

Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang…?

Apasal la aku malas sembahyang,

Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,

Pagi Kita sihat petang boleh kejang,

Nanti dalam kubur kena balun sorang – sorang….

Apasal la aku malas sembahyang,

Siksa neraka Cuba la aku bayang,

Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,

Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh Halang!!!

Dah solat ke belum..??? gi lah solat dulu…. Renung2kan Dan Selamat BeramaL!!… .. Yg Baik tuh dari ALLAH, yg Buruk tuh Dari kite sume arrr…..

(dari emel kawan)

Komen-komen
  1. M Irfan 92 berkata:

    Iblis dimurkai Allah begitu rupa kerana menyombongkan diri tak mahu sujud kepada Adam.. Bagaimana pula manusia yang tak mahu sujud kepada pencipta Adam? Iblis pun sujud kepada Allah juga..

    Wallahu a’lam.. Sekadar berkongsi.

  2. Najwa Aiman berkata:

    Insaf mula datang
    terus jaga sembahyang
    sujud sampai petang
    malam kembali jalang…

    adeh…

    • irsha berkata:

      siang hari, kerja untuk rezeki, ibadah

      malam, senangkan hati isteri dan anak2, ibadah.

      bila masa pulak kau menjalang?

  3. ekin berkata:

    wahhhh… terus insaf……..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s