buka sekolah

Posted: Disember 28, 2009 in alamsekitar, ekonomi/biz, pendidikan, politik, sosial/budaya

bulan disember ni, membeli belah persiapan untuk sekolah sesi baru 2010.

amila – semua beli kecuali kasut dan beg sbb dah ada. tahun lepas beli kasut untuk ziyad tapi ketat, simpan untuk amila.

ziyad – semua beli termasuk kasut baru, beg baru sbb dah koyak. ziyad memang lebih lasak berbanding abang dan adik. sepasang kasut dia cuma tahan 6 bulan je sebelum koyak rabak dan/atau tapak berlobang dan/atau tapak patah. beg dia tak sampai setahun dah koyak paling tidak pun rosak zip. tahun lepas 3 kali beli songkok dia sbb hilang!

abang – semua tak payah beli (dia taknak) kecuali baju 2 pasang sbb kaler dh pudar (kemeja biru pengawas).  “abang nak beg baru?” “takyah lah, beg abang elok lagi.” “kasut?” “kasut abang tak koyak, elok lagi! nanti kalu dah ketat baru beli baru”

“mama, boleh tak beli pensil box baru untuk abang?” “boleh, abang nak yang macam mana? abang pilih lah sendiri” dia pilih satu. “yang ni lah, murah je. rm6.90 tapi cantik”

aku kata abang bagus sebab menjaga barang2 dia elok2. dan tidak terikut2 nak semua baru.

tapi, bila balik rumah (dari kampung) semalam, aku cek kasut dia. yang satu tu dah terkoyak sedikit kat bahagian tumit. “abang, abang cakap kasut abang tak koyak lagi?” “koyak sikit je, koyak kat situ takpa, boleh pakai lagi”

aku cakap ngan wife aku “apa kata kita beli jugak lah kasut baru untuk farhan?” “kan dia kata okay lagi tu, takyah lah dulu” “takpalah, dapat kasut baru mesti dia lagi seronok” “suka ati abang lah”

dgr2 dalam berita semalam, tan sri alimuddin cakap bayaran yuran sekolah dan yuran-yuran tambahan 2010 boleh dibuat pada awal tahun atau selewat2nya sehingga akhir tahun 2010!!! so, lepas ni, bermula 2010, pada kebanyakan ibubapa/penjaga, masa jelaskan yuran sekolah adalah akhir tahun!!! pada akhir tahun juga masa membeli persiapan pakaian sekolah pada kebanyakan mereka!

yuran tambahan?!! sekolah kerajaan dah jadi macam sekolah swasta. lepas ni, wahai ibubapa/penjaga, kena cek dulu apa dia dan berapa jumlah yuran tambahan sebelum hantar anak kat sekolah. kenapa mesti ada yuran tambahan? kalau yuran komputer tu, adakah untuk kos penyelenggaraan komputer? adakah untuk bayar elaun cikgu komputer? bukankah kerajaan menyediakan pemdidikan kepada anak bangsa, termasuk pendidikan komputer dan IT? kalau ibubapa/penjaga atau budak tu sendiri taknak belajar komputer, bolehkah dikecualikan daripada bayar yuran komputer tersebut?

atau taknak bayar yuran-yuran tambahan lain selagi taknak guna perkhidmatan tertentu? cth, yuran kelab, taknak masuk apa2 kelab, so, takde yuran yang dikenakan la kan?! bukan gitu ke? ke? adoi la, sampai perkhidmatan pendidikan di sekolah kerajaan pun kapitalis!

Komen-komen
  1. Najwa Aiman berkata:

    Aku memang setuju dengan ko tentang isu pendidikan berbayar ni. Pendidikan sepatutnya percuma dah sekarang ni. Tak apa kalau kena bayar yuran untuk tujuan extra ko-kurikulum tapi on the basis kalau participate, baru bayar. Seland aripada tu, seharusnya percuma. Depa buat apa dengan cukai yang orang dok bayar selama ni, termasuk cukai barang-barang yang dah dikategorikan mewah seperti rokok tu semua?

    • irsha berkata:

      bro, cukai tu abis buat byr gaji penjawat awam dan ahli politik. buat putrajaya. buat airport. beli kapal. buat sekolah baru.

      semalam aku terdgr dlm berita istilah “sekolah sakit” hahaha macam2! nk beli ubat utk sekolah sakit tu pun, menghabiskan duit cukai gak tu.

      brg2 kawalan yg mana harga dan bekalan nya ‘dikawal’ kerajaan sudah tidak terkawal nampaknya!

      apakan daya, aku bukan kapitalis. klu tak, boleh join sekaki.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s