aung: myanmar guy

Posted: Mei 11, 2009 in alamsekitar, politik, seni&warisan

kemarin, aku sembang dengan warga myanmar bernama aung maung wi dalam komuter. dia yang dulu sapa aku masa menunggu di platform. dia ingatkan aku myanmar gak. hehehe. aku kata bukan. dia cam tak percaya, thai? nope.dia kata warna kulit dan iras muka aku cam orang myanmar. haha

seorang graduate civil law. baru datang kerja kat restoran di hulu selangor sejak 4 bulan 20 hari yang lepas. berusia 27 tahun. mempunyai seorang abang yang sudah 2 tahun kerja di KL. nice looking, peramah. boleh cakap sikit2 malay dan not so bad english.

dia kata orang tempatan beruntung. kat sini kata dia, seorang ahli keluarga kerja boleh menyara a family of 7. kat sana, ketujuh-tujuh orang kena kerja baru cukup. sebab katanya barang di sana mahal dan gaji sangat murah.

aku tanya dia, takkan dengan degree takleh buat kerja yang lebih bagus? susah katanya nak dapat kerja. daripada mula nak apply dan interview semuanya corrupt dan nak amik kesempatan. kalau dapat pun, gaji murah kalau nak dibandingkan dengan kerja di sini sebagai buruh. sehari gaji di sini lebih kurang setengah bulan gaji di sana.

dia banyak juga bercerita tentang pemerintah di sana yang banyak buat onar daripada mentadbir negara. nampak muka dia sedih masa dia cerita tentang askar sanggup tembak sami di jalanan. dia mengharapkan kerajaan sana akan berubah.

masa sembang dengan dia, teringat aku novel ‘suu phea’ karya abu hassan morad. dia tertarik bila aku sebut nama2 tempat kat sana dan bertanya dia tentang cerita2 kat sana. hehehe. sebenarnya aku cedok daripada novel tu. aku cakap myanmar punya tanah yang sangat subur di sepanjang irrawady dan tasik2 yang cantik. aku katakan myanmar is better than malaysia during 60s dan 70s tapi sebab politik tak stabil, myanmar ketinggalan berbanding malaysia.

Komen-komen
  1. ekin berkata:

    malaysia memang untung….
    buat kerja guna air liur pun boleh dapat banyak untung kan…. paling teruk pun jadi pengemis tepi jalan pun dah boleh jadi kaya raya….

  2. Najwa Aiman berkata:

    Alaaa… awek-awek Myanmar tak teringin ke nak datang sini?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s