400

Posted: Mac 25, 2009 in seni&warisan, sukan/hobi

ihsk lama sungguh rasanya tak enjoy main 400. rasanya perlu ada pihak2 yang berpengaruh kalaupun bukan jabatan kesenian dan warisan negeri kelantan, mempertahankan dan mempopularkan balik seni dan tradisi permainan ini di kalangan generasi baru. mungkin boleh dibuat pertandingan. permainan ini agak unik dan menghiburkan. dan cuma sesetengah orang kelantan dan terengganu dan selatan thai je yang tahu permainan ni. kalau game macam golf boleh ada buku, aku nak buat buku pasal game 400 ni! nantikan di pasaran.

dulu2, kalau ada keramaian di kampung2 seperti kenduri kendara, pada malamnya selepas membuat kerja persiapan kenduri, beberapa kumpulan orang kampung tak kira tua atau muda akan bermain 400 di bawah khemah kenduri sampai dinihari. seronok. dari situ lah aku mula belajar permainan ini. masa belajar, kitaorang selalu main dalam bilik asrama. lagi best kalau lepas exam. boleh main 400 sampai perut keroncong pun tak terupnak blah. masih aku ingat dalam tahun 2004, kitaorang sewa bilik di KL international hotel semata nak layan kawan2 yang datang dari luar KL (ada yang datang dari JB) untuk main 400. kalau bermain di rumah, takut2 mengganggu ahli keluarga yang nak tidur!

400 sangat berlainan dengan cara permainan terup yang lain. setiap kad/daun terup mempunyai nilai yang telah ditetapkan. dan jenis terup yang dominan ditentukan oleh seorang pemain pada setiap pusingan untuk diteka dan dilawani oleh regu lawan. 400 dimainkan secara berpasangan atau beregu seramai 4 orang (2 regu) kebiasaannya atau kadang2 dimainkan oleh enam orang. pasangan regu akan duduk berhadapan dalam bulatan dimana kiri dan kanannya adalah regu lawan.

nilai atau mata kad dalam permainan 400; kad 3 (ibu) – 50 mata (paling tinggi), kad J (jack)- 30 mata, kad 9 – 20 mata, kad A (sat)- 11 mata, kad 10 – 10 mata, kad K – 3 mata, kad Q – 2 mata dan kad 8 – 0 mata.

setiap pemain akan dibahagikan 8 kad selepas dicong, suffle. pemula permainan (pemenang sebelumnya) akan menjual satu nilai (berdasarkan kekuatan kad-kad di tangannya) untuk dilawan atau dibeli oleh pihak lawan, sebelum permainan bermula. seperti 10 sehingga 90, atau 400! dan nilai 400 boleh dilawan/dibeli lagi dengan gandaan 10, sekali sahaja! jika pemula permainan atau penjual tidak mahu melepaskan peluang (kerana kekuatan kad2nya) dia hanya boleh ‘membeli’ dengan ‘tani’. Ada 2 jenis ‘tani’; tani biasa atau kop tani. ‘Tani’ biasa, pihak lawan hanya perlu menangi 1 daripada 8 pusingan permainan. manakala ‘kop tani’ pula, pihak lawan akan menang dengan hanya perlu meneka jenis kad (yang ditelangkupkan)dengan nilai yang lebih besar. tiada permainan sehingga 8 pusingan dalam kop tani. ‘kop’ asalnya daripada perkataan atau cara telangkupkan kad.

jika bukan permainan secara ‘tani’, penjual atau pembeli dengan nilai lebih tinggi akan ‘buat terup’. pemain tersebut akan menyimpan 1 kad secara ditelangkupkan di bawah untuk diteka jenis kad oleh pihak lawan di sepanjang permainan. jenis kad yang ditelangkupkan itu merupakan jenis yang paling dominan (biasanya jumlah jenis kad yang sama, sama ada kad bentuk love, spade, diamond, club). kad itu hanya akan dibuka selepas diteka dengan betul oleh pemain lain. regu yang mempunyai kad yang dominan atau nilai yang lebih tinggi akan menang di setiap pusingan sehingga lapan pusingan. kad-kad yang dimenangi di setiap pusingan dikumpul untuk kiraan mata.

nilai mata terkumpul yang dikira menang berdasarkan nilai yang telah dijual/dibeli di awal permainan tadi yang dipanggil ‘nilai terup’. contoh; jika nilai terupnya adalah 40, lawannya perlu mengutip 365 mata atau lebih. jika tidak pembuat ‘terup’ dianggap menang. jika nilai terup adalah 400, pihak lawan cuma perlu mencari 5 mata atau lebih sahaja. 

setiap kekalahan akan ditanda dengan kad-kad yang tidak digunakan iaitu selain daripada kad-kad yang tersenarai di atas dan dipanggil kad/daun tindih/denda. bilangan kad tindih atau denda ini berbeza2 mengikut kategori/jenis/cara kekalahan setiap pusingan. jika menang ‘terup’ biasa, 1 kad tindih dibuang. jika pembuat ‘terup’ kalah, 2 kad akan ditambah. kad tindih/denda hanya terkumpul/terbuang di satu-satu pihak regu sahaja.  maknanya regu yang kalah akan diberikan kad tindih. jika regu yang mempunyai kad tindih/denda itu menang set game, kad tindih/denda dibuang (sehingga habis). bilangan kad tindih/denda berbeza berdasarkan jenis permainan setiap game. game ‘terup’ biasa atau ‘terup 400’ atau ‘terup tani’. terup 400; denda 4 kad tindih kalau kalah, 2 kad tindih dibuang kalu menang. terup tani; 12 kad tindih kalu kalah, 6 kad tindih dibuang kalau menang.

pemain atau regu yang handal mengikuti permainan setiap pusingan dengan teliti dan mengingati setiap kad yang telah dimainkan. dan mampu meneka kad-kad yang masih di tangan setiap pemain melalui cara dan taktik permainan setiap pemain (pemain lawan atau regu sendiri) di setiap pusingan.

jom kita kumpul dan main 400! hehehe 30hb isnin ni nak pergi family day kat pulau redang. ada geng boleh lawan 400! boleh layan sampai pagi.

Komen-komen
  1. AngahLina Jolie berkata:

    Bro.. camner nak sebut ni.. 400 tu dlm bahasa melayu ker atau dlm english.. or nak sebut 4-0-0 ker?? confius gak wa.. tp cam syok jer main ni.. hehehehe

  2. Najwa Aiman berkata:

    Kalau masa tu belum togok beer sebutnya empat ratus. Kalau dah togok beer sebutnya empat kosong kosong. Kalau dah tak ada beer nak togok sebutnya dalam bahasa Inggeris.

    Ko nak join main? Kita buat Strip 400 ok? Ekekekekeke… aiyaaarrrkkk…!!!

  3. irsha berkata:

    sebutnya pat ghatoh.. takde beer, air tuak/nira je okay dah

  4. ekin berkata:

    sikin tak tahu main 400…. tapi klu mlm raya…. bapak mertua sikin akan main daun terup…. sikin pun main jugak lah…. hentam je…. janji menang..

  5. Jesse James berkata:

    Game daun terup yang paling best!

    Ade satu term yang tak diexplain iaitu “spring”. Spring ialah dimana seseorang pemain merasakan kad kad yang dipegang mampu memenangi semua 8 pusingan. Pemain yang ingin “spring” hanya perlu menunjukkan kesemua kad yang dipegang (sambil *menjerit “spring”). Kemudian pemain lawan perlu melihat samada kad yang dipegang boleh memenangi kad yang di-spring. Lawan hanya perlu menang satu kad utk mengalahkan “spring”. Jika menang, 12 kad denda/hutang akan ditambah (atau ditolak). Jika kalah, 24 kad.

    * Menjerit “spring” bukan syarat wajib. Tetapi kebarangkalian untuk mendapat spring adalah begitu rendah hingga membuatkan pemain yang mendapat spring akan menjerit secara automatik😀

  6. irsha berkata:

    bagus bagus komen nih, maceh maceh. tertinggal la pulak cara menang yg paling gempak “spring” nih.

    jesse james cam nama koboi jek…?

  7. asadi099 berkata:

    macam mana nak letakkan hutang kepada pasangan pemain yang kalah? penjelasan berkaitan hutang kt main entry tak diperjelaskan secara terperinci

    • irsha berkata:

      klu pasangan ‘buat terup’ (yg lead game) kalah, dia akan kena double, cth 2 kad nindih, klu pasangan yg menang tu masih ada kad tindih (drp game sebelumnya), kena buang kad tindih dia 1 kad,
      klu terup 400, kena buang 2 kad nindih dia atau denda 4 kad klu kalah.
      klu terup tani, denda kalah 12 kad, atau menang, buang 6 kad denda sedia ada.

      ishk aku pun jd pening. kena sambil main baru ingat hehehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s