hujan lebat mencurah lagi

Posted: Mac 16, 2009 in alamsekitar

hujan lebat sesekali renyai sejak 3 hari lepas di KB. kesesakan di jalanraya sungguh ketara berbanding minggu lepas sejak hari pertama cuti sekolah. kesian pelancong2 yang telah sampai di sini. percutian yang diharapkan menyeronokkan bertukar rupa. minggu ini sepatutnya menjanjikan hasil yang lumayan kepada peniaga2 telah terencat sedikit berpunca daripada hujan sepanjang masa.

kesian juga kepada penanam tembakau yang telah mengalami kerugian hasil tuaian yang dianggarkan bernilai rm4 juta! di lebih 1000 hektar kawasan tanaman. semuanya gara2 hujan lebat 2 minggu lepas. mungkin sesetengah petani telah menanam ganti semula anak pokok tembakau yang telah mati ketika cuaca sangat baik seminggu lepas. tetapi kini, hujan lebat berterusan kembali lagi, sia2 usaha mereka menanam semula. dua kali rugi!

semalam aku makan tengahari di KB dengan lily sekeluarga yang telah sampai di sini pada sabtu lepas. makan nasi campur ala carte di restoran cikgu nasir dekat kedai kraf. hotel semua penuh kata lily. tapi hairannya, masa kat lobi hotel tempat dia menginap, dari slang cakap, rata2 tetamu hotel adalah orang tempatan bukan cakap slang orang luar. agaknya ramai anak2 tempatan yang balik bercuti mengunjungi orangtua masing2, lebih suka menginap di hotel! entahlah mungkin anak2 kecil mereka tidak betah tinggal di rumah kampung.  lepas makan, lily sekeluarga mahu menuju ke rantau panjang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s