hanya Tuhan yang tahu

Posted: Mac 12, 2009 in Uncategorized

Hanya Tuhan yang tahu isi dan rasa hati manusia. Tidak isteri maupun suami apatah lagi anak-anak bahkan rakan taulan. Semua manusia boleh berpura-pura baik atau berlakon jadi jahat pada waktu-waktu tertentu demi tujuan masing-masing yang hanya Tuhan yang tahu. Manusia dikatakan baik hanya kerana dilihat baik. Manusia diwar-warkan sebagai jahat oleh segolongan manusia yang lain hanya kerana golongan itu hanya melihat pada waktu dia berkelakuan jahat. Hanya Tuhan yang tahu kebaikan dan keikhlasannya. Betapa ramai manusia yang menipu dan hanya berkelakuan baik dalam lingkungan pandangan mata manusia yang lain. Betapa ramai manusia yang tidak kisah berkelakuan jahat tatkala berada diluar pandangan manusia yang lain. Setidak-tidaknya kalangan manusia yang dikenalinya. Betapa ada segelintir manusia yang ragu-ragu untuk berbuat kebaikan andai tiada mata yang melihat. Rasa rugi berusaha andai tiada yang akan menghargai dan memuji. Hanya Tuhan yang tahu kebaikan yang dilakukannya. Betapa ramai manusia yang terdorong melakukan kejahatan jika ramai yang melihat. Hanya semata-mata untuk meraih sanjungan dan kehebatan. Dapatlah ganjaran bagi manusia yang baik, bukan hanya kerana dia berbuat baik. Terhindarlah balasan bagi manusia yang jahat tatkala dia berbuat kebaikan.

Komen-komen
  1. Najwa Aiman berkata:

    Apa citer le agaknya ni… Ko sudah kena main ke?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s