aura alQuran

Posted: Februari 24, 2009 in kesihatan, motivasi

AURA AL-QURAN SEBAGAI TERAPI KEPADA TERNAKAN

Tertarik membaca METRO AHAD keluaran 16-11-08 dalam ruangan EKSPERESI mengenai ladang ternakan lembu tenusu milik FIRST DAIRY FARM (M) SDN. BHD. di PAHANG.Ladang ini mengadaptasi kaedah AURA Al-Quran.Alunan ayat suci Al-Quran bergema di setiap ruang ladang ini. Alunan bacaan ayat suci Al-Quran yang penuh keberkatan dan mukjizat Nabi Muhammad SAW ini diyakini dengan 1001 hikmah.Ianya menjadi kebaikan bukan sahaja kepada manusia tetapi untuk semua makhluk yang menghuni alam milik Allah SWT termasuklah haiwan.

“HAIWAN MENJADI LEBIH JINAK,PENGELURAN SUSU BERTAMBAH DAN KESIHATAN YANG LEBIH SIHAT”

Menurut FIRST DAIRY FARM (M) SDN. BHD.,ketika proses memilih lembu untuk membeli lembu jenis JERSEY di Australia,haiwan berkenaan liar dan sukar di pegang.Kini selepas dua bulan kaedah ini diperkenalkan,ternakan kian jinak dan bertambah sihat. Hasil tenusu meningkat 10% dan hasilnya
setiapa hari antara 2500~2700 liter susu segar.Ada lembu yang melahirkan anak berat sehingga 30kg.FIRST DAIRY FARM (M) SDN. BHD. yakin bahawa pengeluaran susu akan meningkat 4000kg sehari dalam masa terdekat.

Hasil kajian FIRST DAIRY FARM (M) SDN. BHD.telah membuktikan Al-Quran memberi kesan positif dari kaedah memperdengarkan lembu ternakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran.Haiwan akan menjadi lebih tenang dan mendapat ransangan yang diperlukan untuk pengeluaran susu dan kesihatan yang lebih sihat.

“AL-QURAN JUGA SESUAI DIGUNAKAN UNTUK KITA MENJAGA KESELAMATAN HAIWAN DAN HARTA BENDA”

Ladang FIRST DAIRY FARM (M) SDN. BHD.telah membuktikan keberkesanan Al-Quran pada penghasilan susu dan kesihatan yang sihat.Kenapa kita tidak mengaplikasi kaedah yang sama bagi menjaga keselamatan haiwan dan harta benda dari kecurian.Setiap malam kita perdengarkan dengan alunan ayat KURSI sebagai contoh bagi menjaga keselamatan haiwan dan harta benda kita.Tidak salah kalau kita mengupah pengawal atau kita membela anjing bagi mengawal ladang kita.Membela anjing sebagai pengawal baik tetapi susah untuk kita menyelenggaranya. Anjing kita takut menjilat makanan atau meminum air ternakan kita.Tahi anjing yang “dilepaskan” merata-rata menjadi kesulitan pada kita. Semua umat Islam faham bahawa anjing dan segala darinya adalah “NAJIS BERAT”. Anjing juga boleh menjadi FITNAH dan KETIDAK SELESAAN pada masyaratkat Melayu dan juga pelanggan ISLAM kita. Dari ceramah ustaz SHAMSURI HJ AHMAD yang saya dengar, di Kulim ada penternak kambing BUKAN MELAYU telah kawinkan kambingnya dengan ANJING. Ini membuktikan bahawa anjing juga tidak boleh diharap untuk mengawal kambing kita. WALLAHUAKLAM.

Rujkan :METRO AHAD dan CERAMAH USTAZ SHAMSURI HAJI AHMAD

sedutan dari:- http://ladanguluyam.blogspot.com/2008/11/aura-al-quran-sebagai-terapi-kepada.html

persoalannya, dalam dunia akhir zaman ni, manusia yang cerdik pandai seakan lupa dengan kelebihan alQuran.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s