mensampah!!!

Posted: Ogos 25, 2008 in alamsekitar, politik

ada juga perasaan menyampah sampai tahap kepada negara sendiri. sehingga ada yang sanggup mengibarkan bendera kebangsaan secara terbalik. semuanya angkara kepimpinan negara dan keadaan ekonomi semasa sekarang, suasana politik tanahair (samada pembangkang atau pemerintah), masalah sosial yang terlalu meloyakan tidak sudah2 saban hari dilaporkan.

saban malam ada sahaja kumpulan budak2 bermotor ke hulu ke hilir. anak muda sangat. usia persekolahan dan belum pun lepas spm. mana mak bapak dia orang? mak bapak dia orang tak kisah? lepas wheely motor, lepak gerai burger atau kedai mamak, beli rokok batang2. kerja sekolah entah siap ke tidak!

serangan dan tangkisan di antara calon dan pemimpin yang berkempen di permatang pauh mencipta sejarah pilihanraya di Malaysia. sungguh berwarna-warni. lebih warna daripada pertandingan bunga api di putrajaya dan pesta citrawarna. sampai ke tahap hal2 celah kangkang, siap dilakonkan semula adegan menonggeng oleh pelakon murahan. murah sungguh maruah manusia akhir zaman. jijik sungguh nafsu manusia gila kuasa.

baru baru ini, sembang2 dengan kawan yang sudah mengambil keputusan untuk berhijrah ke samada NZ atau Australia. bukan bujang, tapi 4 beranak. bersungguh-sungguh dia mahu tinggalkan tanahair. dia sudah sangat menyampah dengan politik tanahair. sekarang katanya tengah memohon kerja di syarikat2 tempatan di sana. Plan B katanya, kalau belum dapat kerja juga dalam masa terdekat, dia akan pergi dulu backpack seorang2, keluarga akan menyusul beberapa bulan kemudian. bersungguh benar nampaknya dia. mungkin dia patut tunggu lama sikit, politik dan kepimpinan negara nampaknya bakal berubah.

selepas sekian lama, sememangnya corak kepimpinan, pentadbiran dan pengurusan mesia inc. perlukan perubahan. rakyat menuntut perubahan corak yang drastik selepas acuan pentadbiran semasa nampaknya tidak peduli untuk berubah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s