Anwar Ibrahim dan Pilihanraya Kecil

Posted: April 7, 2008 in alamsekitar, politik, Uncategorized

Agak hangat kebelakangan ini perbualan oleh rakyat yang banyak masa lapang (termasuk aku), mengenai peluang dan strategi Anwar Ibrahim untuk menduduki kerusi Parlimen melalui pilihanraya kecil parlimen. Namun, ramai berpendapat bahawa senario sekarang adalah amat berbeza jika dibandingkan pada masa tsunami politik melanda PRU12 baru2 ini. Andaikata Anwar bertanding pada tahun ini, apakah peluang beliau memenanginya semudah rakan-rakan PR (pakatan rakyat) memenangi kerusi masing-masing pada 8mac lepas? Aku berpendapat peluang Anwar tidak terlalu cerah untuk memenangi kecuali Permatang Pauh. Alasannya, PKR atau PR tidak lah kuat dan mendapat sokongan menyeluruh untuk memberi keselesaan kepada Anwar di mana2 kerusi kecuali permatang pauh. Alasannya lagi, pada malam 8 mac lepas, bukan sedikit warga tanahair termasuk pemimpin-pemimpin PR (BA pada masa itu) terkezut dalam gembira dengan kemenangan, atau lebih tepat lagi kekalahan BN di banyak tempat. kemenangan cemerlang BA yang sama sekali tidak diduga.

Walaupun ramai yang gembira dengan keputusan PRU12, namun ramai lagi yang terkejut dan menggeleng kepala. Golongan yang gembira pun amat terkejut sebenarnya. Mereka ibarat sudah terantuk baru tengadah. Golongan ini tidak akan memenangkan Anwar, pada pendapat aku. Golongan ini sama ibaratnya dengan golongan yang menyampah dengan kempen angkuh BN kelantan yang menampal poster “bakal MB kita” di merata-rata tempat seolah-olah keputusan undi tidak rasmi sudah berada di tangan cuma menunggu SPR mengumumkan. (ada juga terdengar cerita pada minggu lepas, poster tersebut di bayar sehingga rm200 oleh pengumpul barang pelik berharga, entahlahhh betul atau tidak)

Ada juga yang berpendapat bahawa jika seandainya Nurul Izzah (wanita melayu anggun terakhir) memberi laluan kepada Anwar di Lembah Pantai (sbg contoh), peluang beliau menang bukanlah cerah. Jadi, di mana? kawasan yang agak mudah? percaturan mestilah dibuat dengan cermat, bukannya berdasarkan keputusan PRU12!

Komen-komen
  1. irsha berkata:

    kalau dilihat kepada perkembangan terkini politik, pentadbiran, ekonomi tanahair, PR/PKR akan menang dengan majoriti yang lebih besar daripada pru12 malah calon BN hampir2 kehilangan wang cagaran.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s