peminta derma/sedekah

Posted: April 2, 2008 in alamsekitar, ekonomi/biz, seni&warisan, Uncategorized

selalu juga aku jumpa orang minta sedekah, mengemis di tepi jalan, hatta minta derma dgn cara jual buku-buku, tisu, key chain. setiap kali didatangi golongan ini, hati aku sentiasa berbolak balik berbelah bagi sama ada nak hulur sumbangan atau buat tak tau je. sambil dalam hati menilai-nilai sama ada peminta ini betul-betul memerlukan atau jenis yang berupaya tapi malas kerja. dan bila hati dah decide nak bagi sedekah, dalam hati dok congak-congak pula berapa RM nak tarik dari poket. Not kaler apa yang akan aku hulur. Biru? Merah? atau kaler perak?

aku penah menyaksikan “kesilapan dalam memilih kaler not” seorang penderma yang baik hati ketika menghulurkan sumbangan kepada seorang peminta yang buta yang dipimpin oleh seorang yang celik. bila saja peminta tu sampai di meja si pemberi yang sedang lepak-lepak minum dgn 5 orang kawan, dengan pantas dia mengambil not berkaler kebiruan dari dalam poket kemeja dan menghulur kepada si peminta. setelah sipeminta beredar, semua kawan-kawan semeja memuji-muji kemurahan hati beliau dan secara melawak turut meminta-minta derma seperti yang telah dihulurkan kepada si peminta yang buta tadi. si pemberi tadi dengan rendah diri membalas usikan kawan-kawannya (dialog lebih kurang maksud) “alaa, biasa la, bukan banyak pun…” kawan beliau balas “fuh, bukan banyak kau cakap? rm50 tu!!! baiknya kau…” dengan muka terkezut si pemberi tadi cakap “hah, yer ke?” sambil membelek-belek not-not RM dalam saku kemeja beliau. “alamak, aku silap bagi la, aku ingatkan singgit je tadi”. sambil bingkas berdiri dan “mengejar” si peminta tadi yang hampir berlalu meninggalkan restoran dan di tangan beliau RM1. DIA MINTA BALIK NOT RM50 YANG TELAH DIBERI DAN MENUKARKANNYA DENGAN RM1 (rm1 kalau mata aku tak silap).

selalunya peminta sumbangan derma yang mewakili rumah-rumah kebajikan akan memberi penghargaan dalam bentuk barangan seperti buku-buku, kaset/cd atau poster-poster info keagamaan dan juga barang-barang kecik yang lain, bergantung kepada jumlah sumbangan. ada juga yang menyediakan resit persis urusan jual beli. di kulit buku tertulis “harga/sumbangan jariah: rm20”. aku difahamkan bahawa barangan tersebut adalah sumbangan percuma daripada syarikat-syarikat pengeluar kepada rumah kebajikan. pekerja-pekerja sukarela ini yang berusaha menukarkan barangan tersebut kepada RM untuk mengisi keperluan dana rumah kebajikan. sungguh mulia usaha para sukarelawan ini.

kalau didatangi peminta-peminta yang masih budak-budak kecik, minta maaf, aku cukup tidak suka. kerana mereka mungkin menjadi alat kepada sindiket pengemis. wallahua’lam. hati aku tidak berbelah bagi lagi untuk tidak menyumbang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s