hari ini

Posted: Januari 8, 2008 in Uncategorized

pada pukul 6.30 pagi tadi kawe terjaga dari tidur yang lena. dua anak lelaki kawe sudah siap berpakaian sekolah, sungguh awal sekali mereka dikejutkan oleh guru merangkap ibu mereka. anak perempuan masih lena. sudah menjadi tanggungjawab kawe mengejutkan dan menyiapkan dia untuk ke tadika & taska inovatif. selepas mengiringi guru dan dua anak muridnya di muka pintu untuk berangkat ke sekolah, maka giliran kawe dan anak perempuan pula bersiap2 untuk keluar. kami akan buat lagi satu perkara yang selalu didengki oleh dua anak lelaki kawe yang sudah pergi ke sekolah, iaitu bersarapan di gerai makan. sebab pagi tadi cuma ada roti bakar dan segala macam jem yang tidak akan disentuh oleh anak perempuan kawe. dia sejak lahir memang anti dengan roti sandwich. sempat kawe bertanyakan kepada pengetua tadika merangkap jiran dan juga isteri kepada jiran di hadapan rumah kawe, berkenaan dengan menu semasa rehat anak perempuan kawe nanti. “pada hari ni kita akan sediakan sandwich, tapi awak jangan risau, kita akan berikan kepada amila biskut coklat. kami sudah mengetahui yang anak awak tidak gemarkan roti.” jelas cikgu itu sambil tersenyum. “terima kasih cikgu, minta maaflah sebab menyusahkan cikgu

sekejap lagi kawe baru hendak keluar buat kerja kawe pula. hari ini jumpa pelanggan di rasa, batu caves dan kl. kesemua mereka adalah client lama. walaupun begitu, sangat bermakna sebenarnya kalau kawe dapat spend sedikit masa dan tenaga untuk bersama mereka sekali sekala.

jam sudah pun hampir pukul 10. kawe ingat tadi hendak buat pertukaran pemain fantasy footbal epl dulu. next games rasa-rasanya pada 12 january. nampaknya kena tangguh dulu sebab kawe rasa lapar hendak menulis pula hari ini. di tambah pula apabila diberitakan yang mr sam sekarang ni giler rajin menulis sejak dua menjak kebelakangan ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s