Bercuti di CH

Posted: Disember 10, 2007 in seni&warisan, sukan/hobi, Uncategorized

Biras aku telah buat tempahan tempat penginapan seawal 4 bulan lepas. Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands. Tempahan untuk hari minggu telah penuh sehingga january 2008. Terpaksalah kami check in hari jumaat dan check out hari Sabtu.

12.00; kami singgah setengah jam di petronas Sungkai. Kami sebenarnya saja ingin menukar selera dengan cuba melalui jalan lama ke Ipoh instead of ikut highway Plus. Walaupun tidak banyak kenderaan tetapi perjalanan agak perlahan kerana terpaksa membontoti lori. Selepas pekan Tanjung Malim, perjalanan lebih lancar ekoran kenderaan berat yang semakin berkurangan. Mungkin mereka keluar ke highway melalui plaza tol Tg. Malim. Surprisingly, perjalanan amat lancar apabila melepasi pekan Slim River. Jumlah kenderaan yang sangat sedikit dan ditambah pula dengan jalan dua lorong yang selesa.

12.30; sambung perjalanan melalui pekan Bidor dan pekan Tapah. Ketika sampai di pekan Bidor, terimbas semula kenangan lama outstation trips ke Lumut beberapa tahun yang lalu. Keadaan di pekan Bidor sudah menjadi sangat biasa dan kali ini, aku dapati Bidor masih tidak berubah.

13.10; singgah di Masjid Almukmin, Batu 3, Jln Pahang, 35000 Tapah. Berkebetulan, azan menandakan masuknya waktu zohor sedang berkumandang dengan merdu sekali. Masjid tersebut bersebelahan dengan kem ‘gurkha malaya’. Ramai jemaah masjid yang datang untuk menunaikan fardhu Jumaat terdiri dari kalangan angkatan tentera selain daripada para pelatih pusat Giat Mara berdekatan (mereka dikenali melalui t-shirt seragam yang dipakai), musafir seperti aku dan juga penduduk setempat. Khutbah jumaat kali ni adalah yang terbest pada aku. Khutbah jumaat yang paling menyeronokkan dan exciting pernah aku dengar. Aku yakin khatib pada hari itu adalah pegawai tentera atau mungkin juga pegawai Kagat daripada kem sebelah. Beliau memakai sepasang baju melayu lengkap dan bersongkok. Bilal yang bertugas pada ketika itu juga kemas berbaju melayu. Beliau kelihatan sangat muda dan mungkin baru berusia awal 20an. Penampilan kedua-duanya nampak sangat berbeza dengan imam atau bilal yang biasa aku lihat di masjid-masjid. Isi khutbah antara lain merangkumi konsep pertahanan negara, peranan dan iltizam angkatan tentera Malaysia. Khatib juga menyebut tentang keadilan pemerintah, kekuatan pertahanan negara dan integriti di kalangan rakyat saling paut memaut sebagai pemangkin dan jaminan kemakmuran negara.

Kemakmuran negara akan dapat dicapai hasil kebijaksanaan dan keadilan pemerintah. Namun, negara yang makmur dan aman akan terancam dan terhakis tanpa kekuatan angkatan bersenjata. Kehebatan kedua-dua pihak itu tidak akan berjaya dicapai tanpa sokongan moral dan perpaduan di kalangan rakyat.

14.00; perjalanan ke Tanah Rata disambung semula. Perut masing-masing sudah mula berbunyi. Budak-budak layan makanan ringan dan makanan lebihan sarapan pagi. Perjalanan agak terganggu disebabkan kejadian tanah runtuh di beberapa tempat. Pekerja2 sedang membersihkan jalan daripada tanah dan lumpur. Hanya satu lorong yang dibuka untuk laluan.

16.30; tiba di Tanah Rata. Berhenti sekejap sebelum proceed untuk check in. 3 bilik biasa yang masing2 berharga rm25 satu malam dan satu apartment berbilik 2 yang berharga rm50. Ruang dalam apartment agak luas, ruang tamu+ruang makannya sahaja berukuran lebih kurang 20×30 kaki. Not bad. Permaidani dan heater cuma di pasang di dalam bilik tidur. Suhu pada ketika itu rasanya di bawah 15 degree C.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s