SEPASANG PENCINTA TUA

Posted: September 23, 2006 in pendidikan, puisi, seni&warisan, Uncategorized

laki-laki dan perempuan tua beriringan berjalan perlahan-lahan
bergandingan bahu berpimpinan, jari berselang-seli mesra
si laki-laki berbisik-bisik bercerita mengimbau percintaan
senyum-senyum si isteri penuh makna mengia sumpah setia

berpasang-pasang belia remaja lelaki perempuan berdua-dua
berdakapan bercumbuan tidak mesra konon bercinta
menjerit-jerit melaungkan si dara itulah hanya didamba
si jelita ketawa terbahak-bahak hilang sudah adab tata susila

sepasang kekasih tua itu menggeleng-geleng kepala
biarkanlah, mungkin itu cara bercinta di dunia mereka
berteriak mengatakan cinta yang tidak nyata di dada
tidak selesa lagi dengan kenyitan mata cuba menggoda

sepasang pencinta tua tidak meluahkan dengan kata-kata
hakikat cinta mereka membara tersemat di dada
sehidup semati menjadi sumpah setia cinta berdua.

Komen-komen
  1. Chirpy berkata:

    panjang berjela setiap ayat, tapi mengandungi makna tersurat and tersirat..patut di jadikan azimat buat bekalan sepanjang hayat…

  2. irsha berkata:

    terima kasih chirpy kerana meluangkan masa membaca di sini..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s