di sini lagi

Posted: September 8, 2006 in alamsekitar, sukan/hobi, Uncategorized

3sept aku masih kat mesia… sihat wal-afiat. takde selesema, takde demam, sihat sesihat sihatnya. hisap rokok terasa nikmatnya. 100% kesedapan asap marlboro light masuk ke paru2 dan saraf2.

4sept aku jejak kaki lg kat nene thereza international airport, rinas. masih sihat. masuk je ke hall tempat kaunter imigresen, aku yg kedua dlm line. bila aku ulur passport kat minah imigresen tu, dia belek2, pastu dia menjerit ke officer lain kat kaunter sebelah “(bla bla bla) maleziane!?…” officer tu cuma angkat bahu. dia tanya lagi kat kaunter sebelah satu lg, pun dpt respon yg lebih kurang sama jek. “please wait 5 minutes” dia kata kat aku sambil mengarahkan dengan tangannya supaya beri laluan kat orang belakang aku. aku tanya “why? any problem?” tanpa menjawab aku, dia ulang lagi isyarat tangan suruh aku ke tepi. ikut jelah.

bila dah lebih 5 minit berlalu aku jengok2 kat kaunter. dia perasan isyarat aku. bukannya dia nak panggil aku tapi dia suruh aku tunggu pulak kat kerusi belakaaaaang sekali, tepi dinding. tanpa membantah, aku ikut jelah. bukannya aku nak cepat pun. lagipun dalam hati aku, aku nak tengok apa tindakan diaorg seterusnya. masa duduk menunggu tu, aku keluarkan akunyer resident permit dan pegang kat tangan dan gosok2 kertas tu drp kesan2 lipatan.

bila semua orang dlm 15 orang kat kaunter foreign passport tu dah lepas. minah tu keluar drp kaunter dan menuju ke tempat aku menunggu diiringi seorang lagi pegawai yang dari tadi duk berdiri je sebelah luar kaunter (dia tak panggil aku ke kaunter, berlagak baik la pulak minah ni). bila hampir ngan aku, dia berhenti dan mengeluh panjang dan buat2 lembek tengkok, sambil bercakap2 dlm bahasa ibunda dia (macam la aku paham). lepas tu, pegawai sebelah dia cakap inggeris ngan aku lemah lembut dan sefaham aku “kenapa awak tak bagi resident permit ni tadi? kalau tak, takde masalah langsung.” belum sempat aku jawab, dia mengambil kertas kat tangan aku dan menyuruh aku ke kaunter. kat kaunter, aku cakap ngan dia yg aku tak pernah pun diminta resident permit ni, sebab tu aku tak bagi tadi, dia pun tak tanya, aku ingatkan mungkin ada masalah lain dia nak cek passport aku. dia senyum yang tak manis dan cakap “lain kali bagi passport dengan permit ni, awak takde masalah untuk masuk dan tak perlu bayar tax eur10.” sebelum ni aku tak pernah bagi pun surat permit tu dan tak pernah juga diminta.

masa tunggu luggage, mata aku dok usha kat laluan exit kastam. aku tengok diaorang selamba jek pilih2 orang secara rawak untuk scan bagasi. sesetengahnya dilepaskan untuk lalu ikut ‘green lane’ tak payah scan bagasi dan dianggap takde benda nak kena declare. hampeh la main pilih2 pulak, kata aku dalam hati. masa tu, akal aku tengah ligat dok pikir soal jawab aku dengan kastam kalu dorang suruh buka bagasi aku.

sebelum ni aku dah penah kena scan bagasi (kotak2) dan disuruh buka. bila tengok barang2 (dapur/makanan) kat dalam beg dan kotak2 tu, dorang geleng2 kepala dan cakap, “banyak ni!, banyak ni! mana boleh bawa banyak2 camni” aku terangkanla yang barang tu untuk 5 keluarga (kelentong ler) dan kitaorang keja kat sini, balik mesia sekali sekala je. dia dok geleng2 lagi, tak nak lepaskan juga. yang kelakarnya dia dok belek2 santan serbuk yang aku bawa berpuluh2 peket (kecik) tu, antara barang lain yang dia keluarkan daripada kotak tu dan belek2 (konon2 suspicious la) ialah kopi cni, tepung cucur segera…dan satu dua benda lagi yg aku tak ingat dah.

memandangkan dia cam buat2 tak endah je aku dok explain tu (dan aku juga buat2 tak paham, memangla tak faham sangat bahasa ibunda dorang), aku call staf yang dok tunggu kat luar dan aku bagi handphone tu kat kastam tu. tak sampai seminit staf tu muncul dan cakap bla bla bla ngan kastam tu. staf tu buat isyarat duit ngan tangan. aku tak nak bagi sebab aku cakap (ngan staf aku) takde benda2 yang salah pun, buat apa nak suap dia. tapi dia cakap kastam tu buat susah sebab nak duit je. aku pun nak tak nak hulur le sejumlah euro kat dia. lps dapat duit, dia dengan pantas suruh aku kemaskan barang2 dan keluar.. “quick, quick, quick…” hampes sehampes hampesnya. nak je aku taburkan barang2 tu atas muka dia. (tamat flashback)

bila dah amik beg, masa aku nak lalu tu kastam yang jaga green lane tu dok sibuk menyuruh sorang mamat lain yang bawak 3 beg besar, suruh dia lalu ‘red’ lane, suruh scan beg dulu. aku dengan pantas menyelinap kot belakang dia dan keluar. selamat!. bukan apa… leceh nak bercakap, leceh nak buka beg kalu disuruh buka dan lagi leceh kalu diselongkar dan nak kena kemas balik.

kat luar airport, sambil berjalan dengan staf yang tunggu aku ke tempat parking, aku isap rokok, syoknya lepas ketagihan. tapi apasal rasa lain macam? padahal jenis yang sama macam sebelum ni jugak. aku sedar aku dah jejak kaki di bumi sini. bila merokok kat luar rumah/opis, aku bukan saja sedut asap rokok yang best tu tapi jugak sejumlah debu2 dan habuk jalanan yang berterbangan dan bertaburan di udara. yang ketara banyaknya time2 summer ni. kadang2 tu cam lihat jerebu kat mesia. kalu lepas hujan, tahan la skit habuk tu dalam sehari ke dua.

dan sudah seminggu sejak sampai sini, aku batuk2, tekak kering, berkahak, malam2 lak macam nak demam je. tapi yang best skit, tengok maria menang dengan justine. live kul 2 pagi kat sini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s