Senario

Posted: Julai 18, 2006 in alamsekitar

Pemandangan biasa kat ibukota di sini di persimpangan2 jalan yang bertrafik light, di pedestrian walk, di depan2 bar cafe, di atas jambatan dan yg sewaktu dengannya… golongan jipC yang berpakaian dan bermuka comot, ada yang tanpa alas kaki berjalan di atas jalan yang berbahang dibakar terik matahari. mereka terdiri daripada budak2 lelaki dari sekecil2nya dan baru pandai berlari hingga mungkin 10 tahun. budak2 perempuan mungkin dari sekecil2nya hingga besar dah macam anak dara sunti. Ramai juga mak2 budak yang mendokong bebi meminta2. ada yang seperti baru berusia belasan tahun mendokong bebi dan perut memboyot!

kalu kat simpang berlampu isyarat, mereka akan pergi ke setiap kereta yang berhenti dan mengetuk2 tingkap sambil menadah tangan. yang budak2 ada yang bertindak lebih sadis… mereka mencium/mengucup bonet kereta beberapa kali sehingga sampai ke tingkap pemandu atau sebelah co-driver dengan muka yang sayu dan mengharap. ternampak kesan2 habuk dari badan kereta pada bibir mereka. kadang-kadang ada yang bertindak lebih berani dengan membuka pintu kereta untuk meminta. ada juga yang memaki hamun jika usaha mereka tidak mendapat hasil.

di tepi2 jalan atau di atas jambatan akan kelihatan budak2 jipC meminta2 sambil mengikut dan berjalan beriringan dengan ‘target’ mereka sehingga mereka mendapat habuan mereka berupa mungkin hanya sekeping syiling. kalu tidak diberi mereka akan mengikut sambil merayu2 dan cuba memegang tangan atau pakaian ‘target’ mereka. sehingga beberapa ketika mereka akan beralih pula kepada ‘target’ yang lain.

budak2 lelaki dan perempuan sering kelihatan tidur lena di tepi2 tempat pejalan kaki, di penjuru2 bangunan, di atas jambatan (di atas, bukan di bawah) beralaskan kertas kotak tanpa teduh di bawah pancaran terik matahari pada musim summer sekarang. di musim sejuk yang lepas, tempat tidur di situ juga tanpa selimut comforter yang tebal hanya berjeket buruk dan berkasut koyak. bila lalu berhampiran mereka, jelas kelihatan tubuh mereka menggigil2 di gigit kesejukan tahap 0 – 5 C.

Komen-komen
  1. Chirpy berkata:

    boleh tak letak gambar gibC tu kat blog ni?

  2. Najwa Aiman berkata:

    mana gambar gibC tu??? lama dok tunggu nih…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s