Ayat suci pelembut jiwa manusia

Posted: Julai 17, 2006 in pendidikan

ADAT manusia menyukai seni lagu walaupun mempunyai selera dan rentak yang berbeza. Lagu dan irama biasanya dapat memberi keselesaan kepada perasaan manusia yang mendengar.

Begitu juga membaca al-Quran dengan tartil atau memperelokkan bacaannya dengan lagu atau tajwid sangat dituntut kerana tujuan utama membacanya ialah memikirkan maksud-maksudnya.Daripada Abu Hurairah bahawa dia mengatakan, Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: “Tiadalah keizinan Allah untuk mengerjakan sesuatu yang dapat menyamai izin-Nya kepada Nabi SAW untuk melagukan bacaan al-Quran.” (Hadis riwayat Muslim)

Jelasnya, cara membaca al-Quran dengan tartil dapat menolong memahami maksudnya. Sebab itu Ummu Salamah ketika membaca al-Quran sering mencontohi bacaan Rasulullah SAW dan membacanya seolah-olah sedang mentafsirkan huruf demi huruf hingga memahami ayat yang berunsur ancaman dan kecaman serta janji Allah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s