Al-Baqarah elak perbuatan ahli sihir

Posted: Julai 17, 2006 in pendidikan

DARIPADA Abu Umamah al-Bahili, katanya, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Bacalah al-Quran kerana dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat nanti. Bacalah Zahrawain, iaitu surah al-Baqarah dan Ali-Imran kerana kedua-duanya akan datang pada hari kiamat nanti seperti dua kumpulan awan menaungi pembacanya atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam matlamat hendak membela pembacanya. Bacalah al-Baqarah kerana dengan membacanya beroleh berkat dan dengan tidak membacanya beroleh penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan oleh tukang sihir). ” (Hadis riwayat Muslim)

Al-Quran adalah petunjuk bagi umat manusia. Di dalamnya tersimpan berjuta fadilat atau hikmat yang tidak diketahui oleh manusia. Al-Quran juga berfungsi sebagai penawar atau pendinding bagi jasmani dan rohani manusia yang mengerti dan mengamalkannya menurut ketentuan sunnah.

Paling penting adalah keyakinan diri kita terhadap kebesaran Allah dan keagungan kalimah Allah yang dijadikan sebagai pendinding daripada kejahatan kuasa ghaib yang dihantar oleh pengamal ilmu kebatinan yang sesat (ilmu hitam). Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa dan Dia-lah sebaik-baik pelindung yang tiada siapa dapat menandingi-Nya. – Petikan e-hadis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s