Detik-detik masa

Posted: Julai 16, 2006 in motivasi, puisi

Menangguk di tengah-tengah arus masa yang tidak pernah putus
kutipkan tiap-tiap huruf tutur kata dan tingkah laku
titipkan setiap satunya salah sendiri
buat sempadan dan teladan menuju mati
agar tidak berulang yang cela dan curang
sebelum berkudis di hati

menjengah semula kepada detik-detik masa silam
banyaknya kesilapan yang belum padam
masih mencari-cari ruang untuk berulang
menenggelamkan pertimbangan iman
dalam hati berkarat dosa
selagi tidak berserah pada Tuhan
Yang Maha Esa dan Berkuasa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s