Masihkah kau ingat?

Posted: Jun 7, 2006 in Uncategorized

cerita masa majlis akad nikah kat rumah abah dulu. abang macam mana2 bakal pengantin la, control habis, duduk pulak tengah2 orang ramai sambil tunggu tok imam Mael sampai. bila tok imam sampai bersama dengan menantunya, kawan abang, Abdul Aziz yg juga dah jadi imam muda, abang salam2 la. lepas salam ngan Abdul Aziz, kami sembang2 rancak sambil bertanya khabar masing2. cam kawan lama tak jumpa. dia jadi ustaz kat kg, abang keja swasta kat KL masa tu. abang memang tak tau yang dia dah jadi menantu tok imam Mael.
Imam Mael cam surprised, “eh, kawan ke?” Aziz jwb “kwn baik saya ni masa kat sekolah dulu, kat U pun sekali” “Ooo yer ke…” Muka selamba tok imam Mael (saja2 je sangka buruk kat tok imam, maaf tok imam!) masa salam ngan abang tadi serta merta berubah jadi lebih mesra dan tepuk2 bahu. Terasa over konfiden la plak abang nak tempoh akad nikah sat lagi ni. abang perasan bakal abah senyum2, kononnya bangga la tu ngan bakal menantu dia kat depan semua tetamu. heh, kawan baik imam muda, menantu tok imam yang dihormati! bukan calang2 yer dak?
Lepas tok imam Mael sembang sepatah dua ngan tetamu. majlis akad nikah pun nak dimulakan. abang pun beralih tempat mengadap tok imam dan Abdul Aziz selaku pembantu. nervous memang ada ler, tipu la kalu bakal pengantin lelaki tak nervous sikit pun. Tok imam pun minta pembantu dia baca khutbah nikah. lantang dan jelas macam khutbah jumaat adanyer. habis khutbah nikah. tok imam buka fail, amik selai kertas dihulurkan kat abang, “boleh baca jawi?” baru abang nak jawab, Abdul Aziz dengan pantas berkata-kata “boleh! apa pulak tak boleh baca jawi, bahasa arab pun dia boleh cakap”. “kalu macam tu takde masalah la” tok imam mengangguk2. kalaulah tok imam soal abang dalam bahasa arab time tu, mau malu kura2 depan tetamu.
“ni, akuan sumpah dan janji lepas jadi suami nanti” tok imam Mael suruh abang baca dan sain surat tu. antara lain kandungan ikrar tu abang tak boleh menganiaya sayang samada pukul atau tinggal tanpa nafkah zahir atau batin lebih daripada 4 bulan. rasanya dua hal tu tak berlaku lagi kan sayang? kalu terjadi, sayang berhak buat repot kat pejabat kadi untuk mohon fasakh. selesailah abang berikrar taat setia, akan mengasihi sayang. sain.
“tak payah soal-soal lah dak? ke macam mana?” kata tok imam Mael sambil menoleh ke arah menantu dia merangkap kawan abang. dia berkata lagi “saya rasa awak dah tau semua dah ni. syarat2 sah nikah ialah .. bla bla bla… abang senyum2 je lah sambil dengar penerangan panjang lebar tok imam yang sepatutnya jadi jawapan abang kepada soalan2 cepumas kebanyakan jurunikah kepada bakal pengantin. abang tak penah amik kursus nikah pun sbb masa tu tempat kita, kononnya serambi Mekah, takyah amik kursus lagi. bertuah abang hari tu dengan adanya Abdul Aziz menantu tok imam yang juga imam muda merangkap kawan lama abang. abang seolah2 diiktiraf setaraf dengan imam muda. kuang3x.
kali pertama ijab qabul, tok imam Mael kata sebagai trial. kali kedua baru betul2. maka dia ijab abang qabul. fuh lega… tok imam tanya saksi “sah?” saksi pihak sayang kata sah. saksi sebelah abang lak yang ngada2 cakap “tak jelas sangat, sekali lagi lah”. nak je abang sound pakcik tu, “pakcik sendiri lah jawab pulak” ishk mana boleh kang dia lak yang kawin ngan sayang. so, lagi sekali. abang jawab qabul dengan terang, jelas, lantang. gerammm. geram kat pakcik tu dan geram (berahi) kat sayang yang dok jeling2 manja kat hujung sana. ishk siapla sayang lepas ni. tapi… lepas majlis akad nikah dan sarung cincin selesai abang buat lawak “korang balik la dulu, saya tak balik kot, tido sini je lah” semua bantai gelak. sayang senyum malu2. alahai. abah sporting “bolehhh, takde masalah, dah jadi hak dia dah” abang ipar (abang din) pegang dan tarik tangan abang “jom balik dulu, esok kita datang lagi, sabar2”
esoknya majlis kenduri, sanding. dan abang tak dibenarkan lari balik ke rumah parents abang. kena tido rumah ma. jeng jeng jeng. malam tu abang solat kat bilik je, takut2 abah atau sapa2 lah nak ikut jadi makmum, nak test abang jadi imam hehehe.
lepas beberapa bulan masa bercuti kat kampung sayang, abang jaga awal sebelum subuh, ingat nak seround lagi tapi sayang tanya taknak ikut abah g masjid ke?. ok2 lah, abang pun g solat kat masjid. masa tu jemaah tak berapa ramai lagi. maka tersuratlah tok imam Mael offer abang jadi imam (masa tu menantu dia Abdul Aziz takde la pulak) alamak. serta merta abang rasa macam kena penyakit darah tinggi. “err, takper la, tok imam lah, lebih afdhal skit. saya ni bukan bagus pun, kalu takder orang lain boleh la slow2” (ceh, bukan bagus? padahal memang tak bagus pun!) abang perasan abah senyum2. hihihi. maka tersuratlah juga abang tak jadi imam time tu. tak jadi bahan ujian tok imam Mael. hehe. gabra siotttt.
tapi sekarang sayang boleh tengok sendiri macamana time abang jadi imam kat umah. sayang dan anak2 jadi makmum. ok ke?

moral of the story; wahai lelaki2 akhir zaman termasuk abanglah. kena belajar2lah jadi imam. mungkin semua orang boleh jadi imam, cuma kuatkan suara bacaan lebih dari biasa (walaupun suara bergetar2! hehehe)… tapi tang wirid dan doa tu la pulak, takut berterabur. selalunya ikut orang dan main tadah je. time sorang2 lagilah, semua dibuat dengan pantas, simple, F1. tatatertib selalunya tak kisah pun. belajaq belajaq belajaq. dan kepada para isteri termasuklah sayang, kalu nak suami anda jadi imam, dorong2lah, bagi sokongan moral. tegur dgn berhemah mana yang kurang. kalu nampak suami anda dah boleh, cubalah ajak dia jadi imam. kalu dia tak g masjid, tunggu solat sama2 dia. kalu nampak dia cam hampeh lagi, jangan dipaksa atau tunggu dia untuk solat sama2. slow2 ler.

Komen-komen
  1. Hamka berkata:

    he he he

  2. irsha berkata:

    ha ha ha.. akhirnya kau muncul di sini.. thank you very much. dtgla lg, selalunya tetamu dtg membawa berkat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s