Roda-roda perkahwinan

Posted: Jun 5, 2006 in jenaka, Uncategorized

(petikan daripada email kawan-kawan)

Awal Perkahwinan
Isteri : “Jom kita pergi shopping” Suami : “Jom.. dari duduk rumah, bosan plak..”
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Jom kita pergi shopping” Suami : “Abang penat laaa.. Ayang pergi sendiri laaa.. naik lrt ke.. drive ke.. teksi ke..”
Penghujung perkahwinan
Isteri : “Jom kita pergi shopping” Suami : “apa shopping moping..? aku kompang kang….”

***
Awal Perkahwinan
Isteri : “Hari ini kita makan kedai ye..” Suami : “OK.. no problem..”
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Hari ini kita makan kedai ye..” Suami : “Awak tak boleh masak ke ?”
Penghujung perkahwinan
Isteri : “Hari ini kita makan kedai ye..” Suami : “awak nikah je lah ngan mamak kedai tu…”

***
Awal Perkahwinan
Isteri : “Ayang mengandung..” Suami : “Abang tak sabar nak lihat anak kita..”
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Abang tolong buat susu anak..” Suami : “Abang mengantuk laa..ayang buat laaa..”
Penghujung perkahwinan
Isteri : “Cuba awak tegur anak tu sikit..” Suami : “Haiii.anak awak..memang ikut mak… gerenti bengong nyer…”

***
Awal Perkahwinan
Isteri : “Ayang masak, abang kemas rumah ye..” Suami : “OK..no problem..”
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Ayang masak, abang kemas rumah ye..” Suami : “Saya penat, awak ajelahh yang buat..”
Penghujung perkahwinan
Isteri : “Ayang masak, abang kemas rumah ye..” Suami : ” apa kata awak masak, awak kemas, awak buat sumer…saya nak kuar ngan maid kita yg baru ni….”

***
Awal Perkahwinan
Isteri : “Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?” Suami : “Apa yang ayang inginkan..”
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?” Suami : “Setiap tahun saya berikan… tak cukup lagi ke?”
Penghujung perkahwinan
Isteri : “Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?” Suami : “kompang nak ?”…

***
Awal Perkahwinan
Isteri : “Ayang tak pandai masak..” Suami : “takpe, biar abang masak..”
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Ayang tak pandai masak..” Suami : “masak jer la apa2 jer..”
Penghujung perkahwinan
Isteri : “Ayang tak pandai masak..” Suami : ” bakar je lar dapur tu…”

(aku tambah nasik skit…)
Wahai suami akhir zaman (aku ler tu) jadikanlah peristiwa2 Pertengahan dan Penghujung Perkahwinan seperti di atas sebagai sempadan. Fikir2kanlah pasal dialog yg lebih baik, lebih mesra. Biarlah berapa ratus tahun kawin pun, kemesraan, kasih sayang dan cinta tetap mekar membara. Adalah dinasihatkan selepas beberapa tahun kawin, carilah jalan berenggang sementara seperti pegi outstation seminggu ke, time tu baru terasa kesepian, kerinduan dan ketidakbolehan tanpa sidia di sisi. bila time jumpa balik selepas tu, rasailah kenikmatannya bertemu kembali. rasa cam masa bercinta dulu2 tiap kali berjumpa walaupun masa tu jumpa 15 kali seminggu!! Bila dah rasa lama sangat kawin dan tinggal bersama, cuba2lah ikhtiar, kalu mampu, pergi melancong berdua2an. Pasti hubungan akan hangat kembali. Takyah fikir melancong ke obersi. cukup dengan pegi chalet atau hotel kat hutan lipur ke, kaki gunung ke, taman negara ke, tepi pantai ke. Nak best skit lagi pegi pulau2 cam langkawi, tioman, (make sure naik flight, kalu tak buat penat bdn je) kat kinabalu member aku kata sgt best… (semua ni dah kira obersi la kan?)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s