Anak-anak kita (2)

Posted: Mei 29, 2006 in Uncategorized

Anak-anakku… Abang, Yad dan Adik
Papa terharu dan menangis
tenggelam dalam kerinduan pada kalian
membaca warkah nukilan Mama
bercerita tentang kalian dan rindu dendam
dalam keperitan dan ketabahan
melayari detik-detik kehidupan
gembira yang sepi
pilu dalam ketawa

Abang, Muhammad Farhan
ketua kelas tahun dua
ketenangan terpancar di wajahmu
gerakgeri dan tuturkata mu
berhati-hati dan penuh santun
sentiasa mengalah dan utamakan adik-adik
pintar dan cerdas
Papa dah tau Abang dapat tempat pertama

Muhammad Ziyad Farhan
ketua kelas tahun satu
cergas dan berani mencuba
kenakalanmu tetap terbatas
orang kata, kenakalan ketika kecil
menambah akal bila dewasa
Papa tetap sangat bangga
Yad dapat nombor dua

Adik, Nur Amila Farhan
pandai petah berkata-kata
senyum manis macam model
itu yang adik selalu kata

Kalian buah hati Papa
Dugaan dan cabaran ini hanya sementara
walau menguji ketabahan kita semua
walau kadang-kadang tidak tertanggung rasa
tapi yakinlah sayangku… kita akan rayakan
saat pertemuan itu nanti
dan kita akan ketawa bersama

Ada orang berkata,
“kadang-kadang Allah hilangkan sekejap
matahari, kemudian Dia datangkan pula
guruh dan kilat. Puas kita menangis
mencari mana matahari kita, rupa-rupanya
Allah hendak hadiahkan
pelangi yang indah”

Papa sayangkan Mama, Abang, Yad dan Adik

Komen-komen
  1. ...rux... berkata:

    amin untuk pelangi yg indah…

    be tough, be strong bro…

  2. irsha berkata:

    yakinlah dgn adanya ujian akan hadir ganjaran jika kita bersabar dan beriman…

  3. Chirpy berkata:

    Kudoakan kebahagian kan kekal menjadi milikmu, wahai sahabatku…

  4. irsha berkata:

    terima kasih atas doamu wahai sahabat… semoga kau juga dalam kebahagiaan yg lebih bermakna drp yg kami nikmati…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s