Anak-anak kita

Posted: Mei 28, 2006 in Uncategorized

Anak-anak benih cinta,
permata hati Mama dan Papa,
Abang, Yad, Adik…
Tawa mereka sukar ditafsir…
Senyum mereka bersulam rindu….
bicara mereka tentangmu suamiku….

Anak-anak benih cinta
permata hati Mama dan Papa,
Abang, Yad, Adik…
Rajuk mereka, adakalanya sukar dipujuk…
tangis mereka bersulam nama mu.. Papa, Papa….. siapa lagi kalau bukan adik..

Anak-anak benih cinta,
permata hati Mama dan Papa,
Abang, Yad, Adik…
pertanyaan mereka hanya satu…
Mama, bila Papa nak balik lagi……
Nanti Papa balik la……. hanya itu yang ku tahu….

Anak-anak benih cinta,
permata hati Mama dan Papa,
Abang, Yad, Adik,
Khayal mereka nun jauh di bumi asing….
Papa sedang buat apa ya…….
Papa dah makan ke………

Anak-anak benih cinta,
permata hati Mama dan Papa,
Abang, Yad, Adik,
Dalam tidur mereka…
Ada mimpi yang sukar difahami….
igauan mereka sukar dimengerti…
kedengaran hanya Papa… Papa…..

Anak-anak benih cinta,
permata hati Mama dan Papa,
Abang, Yad, Adik,
Ketabahan mereka….
memang diakui……
walau tiada Papa di sisi……
kehidupan mesti diharungi, dugaan tetap ditempuhi,
pelajaran tak pernah dilupai
Al-Quran tetap di dalami
Biar pun hanya Mama yang menemani
kerana…… mereka pasti
Papa tetap mengiringi setiap usaha dan langkah mereka
dengan doa yang paling murni……

Komen-komen
  1. irsha berkata:

    Papa sayang dan rindu Mama, Abang, Yad dan Adik… Cabaran dan dugaan ini hanyalah sementara… bersabarlah sayang, anak-anak Papa…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s