Rezeki Anak-Anak

Posted: April 7, 2006 in Uncategorized

Adakah makanan untuk anak-anakku
Jika aku tidak makan gaji begini
Masuk pagi keluar petang
Pikul tanggungjawab galas beban
Turut perintah ikut suruhan

Adakah makanan untuk anak-anakku
Jika aku berusaha sendiri
Berniaga apa-apa yang cocok
Siang malam gigih bekerja
Nanti orang akan bertanya
Adakah makanan untuk anak-anak
Kalau usaha tidak menjadi, menjadi bankrap

Bertanyalah. adakah makanan untuk anak-anakku
Nanti ditengking tok guru-tok guru madrasah
Jangan kau tidak percaya pada Tuhan
Rezeki sudah dijanjikan
Anak-anak tetap dipelihara
Nanti ada makanan untuk anak-anak

Adakah makanan untuk anak-anakku
Belum serik aku menyoal
Bilamana menyaksikan kanak-kanak
Merintih kelaparan
Ada ayah ada emak
Tiada makanan

Aku hairan, tidakkah mereka menanya
Tidakkah mereka sangsi
“Adakah makanan untuk anak-anakku”
seawal aku sendiri musykil
sering bertanya-tanya diriku sendiri

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s