Maulidur Rasul

Posted: April 7, 2006 in Uncategorized

(i) Semalam sempena keraian Maulidur Rasul
dalam sedih dan hati yang bergetar
berpesanlah seorang guru yang alim
yang pada siangnya mengajar anak sekolah
tentang ilmu fizik dan math tambah
Pada malamnya membuka kitab-kitab ulama silam

mengulangi pesanan-pesanan Rasulullah
memuja memuji kemuliaan Muhammad
Sesungguhnya pada diri Rasulullah
adalah contoh ikutan yang baik

(ii) Manusia senantiasa memikirkan dan berusaha
untuk mendapatkan kereta yang besar, laju dan selesa
namun hanya segelintir yang memikirkan dan berusaha
agar di akhirat nanti mempunyai kenderaan
yang laju dan selesa untuk melepasi titian sirat

Manusia beriya-iya membesarkan rumah
tersergam indah laksana istana kayangan
berapa ramaikah yang bersungguh-sungguh
berusaha untuk meluaskan liang kuburnya

Manusia terlalu teruja
dengan rumah yang terang benderang
lampu chendelier tergantung megah
Namun tidak pernah terpikir tentang
lubang kubur yang gelap gelita
apatah lagi berusaha mencari
pelita sebagai penerang nanti

(iii) Sejahil-jahil Abu Jahal, bersukaria
megah dan bangga dengan keputeraan agung
dikorbankannya 100 ekor unta
kelahiran putera kebanggaan ummah
Sedang yang mengaku sebagai umatnya
mengorbankan bir dan sesama muslimah

Gembirakah umat sekarang dengan
maulidur Rasul yang diwar-warkan
tahukah anak-anak kita dengan tarikh
12 Rabi’ulAwal alam diterangi rahmat

Kehidupan akhir zaman manusia
telah lama dibimbangi Rasulullah
umatnya banyak yang hilang pedoman

Keluhan tatkala di akhir hayat baginda…”umatku…umatku…”
(21 April 2005)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s