pantun gelombang hidup

Posted: September 29, 2005 in puisi, Uncategorized

kapal berhenti sauh dilabuh
sauh dilabuh kejap di dasar
hidup insan bermula subuh
bermula subuh membawa ke asar

sauh dilabuh kejap di dasar
kejap di dasar melawan arus
bermula subuh membawa ke asar
membawa ke asar membina hidup

kejap di dasar melawan arus
melawan arus bermacam dugaan
membawa ke asar membina hidup
membina hidup diredhai Tuhan

melawan arus bermacam dugaan
bermacam dugaan meniti usia
membina hidup diredhai Tuhan
diredhai Tuhan disukai manusia

bermacam dugaan meniti usia
meniti usia sebuah kapal
diredhai Tuhan disukai manusia
disukai manusia menjadi modal

meniti usia sebuah kapal
sebuah kapal tempatnya di laut
disukai manusia menjadi modal
menjadi modal dunia akhirat

sebuah kapal tempatnya dilaut
tempatnya di laut menjelajah benua
menjadi modal dunia akhirat
dunia akhirat merasa syurga

Komen-komen
  1. Najwa Aiman berkata:

    ni pantun ke puisi? apa daaa punya pantun… baik upah karam singh valia je…ekekekekek..jgn marahh…

  2. irsha berkata:

    yg ni puntun daaa…. takpun pantsi

  3. raden galoh berkata:

    Kata orang itulah resam hidup, tapi kelapa muda juga gugur ke bumi kan? Lantaran itu, berpesan-pesananlah kita…usah di tunggu tibanya Asar…takut Zohor pun kita tak temu…biarlah kita hidup hari ini dengan persediaan seperti akan mati esok hari…

  4. irsha berkata:

    Ya Allah, ampunkanlah dosa2 hambaMu ini, sesungguhnya aku berdosa denganMu dan hamba2mu yg lain…

  5. Najwa Aiman berkata:

    ko buang je la iklan2 spam yg mengarut nih… takut ada worm atau virus beb… ko activate je character verification utk komen blog ni…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s