ramadhan akan datang

Posted: September 23, 2005 in puisi

penghujung syaaban makin hampir
menggamit keberkatan ramadhan
yang bakal hadir lagi kali ini
menjanji rahmat kepada umat

ramadhan tetap akan tiba
telah termaktub dalam kalendar
cuma aku semakin hiba
keluh kesah menjerat rasa

hadirnya ramadhan nanti
bersama cabaran yang tak terkata
aku akan bersahur dan berbuka
tanpa Cinta bersekali di meja

bukan kerana Cinta tiada kejutkan dari tidur untuk bersahur
kerana di sini pun ada manusia bangun bersahur
bukan kerana aku menunggu Cinta sediakan hidangan berbuka
kerana pastinya juadah tetap tersedia

ramadhan kali ini
tanpa Cinta untuk aku bermain mata ketika berbuka dan sahur
tanpa abang yang selalunya rajin membaca doa iftar
tanpa angah dan adik yang menceriakan suasana
masyaAllah

aku pasrah dan tega
di mana sahaja ramadhannya sama
selera berbuka tetap begitu juga
sahurnya mungkin berlalu begitu sahaja

cuma, ya Allah
berikanlah kekuatan kepada Cinta
……………….

Komen-komen
  1. Najwa Aiman berkata:

    Oye! Akhirnya blog ko dah berkembang! Nice!!!! ;-D

    Ramadhan memang penuh rahsia, tak gitu? Ada sesuatu pada Ramadhan yang mengubah emosi dan perasaan sepanjang kita berada di dalamnya. barangkali kerana lapar dan dahaga yang dirasa mencetuskan anjakan fisiologi langsung mempengaruhi saikologi.

    Ramadhan yang melambakkan pahala sebagai jualan murah, yang harganya ialah cubaan yang ada kalanya di luar jangkaan.

    Mudah2an kita berjaya menempuhinya bersama… walau di mana kita berada….

  2. ...rux... berkata:

    date posting on my b’dayyyyy
    yeayeayyeaaaa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s