di angkat daripada wallpost FB…
Successful people are successful because they are very clear about their values. Unsuccessful people are fuzzy or unsure. Complete failures have no real values at all. – brian tracy.
bagaimana dengan anda? coming to penghujung tahun ni, ramai orang akan mula bercakap tentang azam baru. tanpa menyedari betapa perlunya jelas tentang nilai dalam diri masing-masing dan matlamat serta wawasan (goal) yg hendak dicapai. masih lg kurang jelas dan terkial2 nak setting misi, visi, ‘business plan’, bajet dan costing… walaupun hanya sebagai seorang individu, atau sekadar ketua keluarga!
kadang2 sekali sekala, kita kena berhenti daripada aktiviti yg kita selalu buat secara rutin atau bekerja. berhenti dan relaks sekejap. berfikir, hidu wangian bunga, baca buku, buat panggilan kpd kawan lama, memandu dan menyelusuri jalan yg tidak biasa dilalui sambil menikmati dan menghayati pemandangan. boleh juga duduk2 di tepi tasik atau sungai atau pantai, sendirian. sejenak, lupakan tentang waktu jam. berfikirlah sebagai seorang insan hamba Allah, Tuhan Yang Maha Mentadbir.
lupakanlah atau berhenti berfikir dan bimbang tentang perkara2 atau material yang belum kita miliki.
sentiasa ingatkan diri, muhasabah.
you have to empower yourself among your staffs. be outstanding. you have less than one year to prove yourself. good luck!
Berada di kangar perlis sempena karnival coop fest zon utara. Dapat merasa mangga harumanis dengan pulut, minum jus harumanis, perghhh.
Beli harumanis 7 kg di sg santan.
Ajaib gak eh, harumanis ni cuma menjadi di kawasan sini, tiada tempat lain sesuai untuk tanaman harumanis selain perlis utara.
Sup belut kuala perlis pun special gak katanya. Kalu sempat…
tiap-tiap tahun diraikan Hari Guru pada setiap 16 mei. namun sekolah tak tutup pun. pada 16 mei, guru-guru lebih teruja mengajar atau pun guru-guru beraya kat bilik guru?
anak-anak aku bersungguh2 dan dah siap2 beli dah hadiah untuk guru kelas dia dan semua guru-guru lain. baguslah tu kalau anak-anak murid teruja nak raikan guru masing2 pada setiap 16mei.
teringat beberapa tahun lalu aku jumpa balik dengan cikgu aku, misai lebat maintain. guru disiplin Cikgu Shafiee. dulu takut, sekarang hormat. aku sapa beliau, salam peluk dan sembang2. air mata beliau berlinangan agaknya sebab seronok jumpa setelah lebih 15 tahun tak jumpa. sayang aku tak amik gambar kami masa tu.
terima kasih cikgu, maafkan saya cikgu. semoga Allah redha dan rahmati cikgu-cikgu semua, selamanya
ni citer berkenaan dengan kejiranan dan hubungan silaturrahim sesama kita. hablumminannas.
sejak khamis 3 hari lepas, abgjiran parking lori 3tan dia betul2 depan rumah aku. memanglah tidak mengganggu atau menghalang keta aku keluar masuk. cuma di dpn pagar. dan banyak komplen dari jiran2lain sebenarnya berbanding aku sendiri.
“selamba kodok je parking depan umah oranglain, parking la depan umah sendiri.”
“kan lagi elok kalau parking dalam rumah kosong tu”
termasuklah saranan nakal ”kita bakor je”.
mlm tadi aku poskan kat FB “best sungguh ada lori. Bayangkan sebesar2 lori 3tan ni, dh 3 hari parking depan umah aku!” ada respon “Bocorkan tayar dia tu
hihihi” . dan seorangjiran yang lain bg respon “Kau kesah rupanya,aku igt nko x kesah…:) “
takde aku nak kesahkan sangat, aku takde hak pun nak ckp apa selagi jalan aku tidak dihalang. premis aku cuma dlm kws pagar aku ni je. luar pagar tu kira kws public ler dok? cuma petang semalam rasa geram gak la dengan lori (dengan lori tu?) tu sbb anak2 terganggu masa nak main2 depan rumah.
pagi ni saja aku gatal tangan taip sms ni, “salam abg***, kalau parking lama, sy cdgkan elok abg*** parking lori dlm pgr rumah kosong sblh umah sy ni. tima kasih” 2 jam sms tu tersimpan dlm draft sms. then, tersentlah sms tu adanya tadi.
dengan pantasnya lori telah dialihkan oleh anaknya along setelah aku terhantar sms tu, parking depan rumah dia sendiri plak. jauh dsudut hati aku berharap abg*** tidak kecik hati dengan sms tu. terimakasih bang.
it was justified, it was rationalized.
ni citer lama tapi aku masih teringat-ingat padamu. rasa kesal pun ada melepaskan kau pergi dulu. walaupun mengikut situasi pada waktu itu, tindakan aku adalah sangat wajar, sangat menepati tuntutan keadaan. rasa kesal yang sangat menghimpit dada datang lagi secara tiba-tiba malam tadi. sewaktu berborak-borak dengan sahabat-sahabat tentang isu semasa termasuklah tentang dirimu. ada pertanyaan yang spontan dari seorang sahabat tentang kewajaran tindakan aku berpisah denganmu. walau sudah lebih 2 tahun berlalu, walau sudah berpuluh kali aku menjawab species soalan yang sama, namun masih ada rakan-rakan yang belum berpuas hati nampaknya.
aku akui sangat-sangat, memang aku amat merinduinya. sehingga mengundang rasa kesal dan mencabar waras untuk mendapatkanmu kembali. gila. aku sangat pasti, kau dijaga dengan baik saat ini. tidak mengapalah. aku cuba mengubat luka dan rindu ini dengan pengganti mu yang tidak kurang hebatnya. nanti ada yang tercalar.
dah pakai exora sejak pertengahan januari. dah service kali kedua (5,000km) bulan lepas. tadi pegi pusat servis proton sbb dah beberapa kali enjin tiba2 mati masa berenti kat simpang atau traffic light. malam tadi enjin boleh tetiba mati masa kelajuan lebih kurang 30km/j, tapi enjin idup balik sbb masih dalam gear dan keta sedang gerak (mcm org tolak keta yg susah nk idup atau bateri kong) . dalam hati aku ni mesti something wrong dengan elektronik atau wiring. nasib baik masih dalam waranty.
selain itu sebelum capai 5k km lagi, absorber depan dh bunyi kereok kereak bila lalu bumpy atau jalan tak rata atau membrek. aku plan nk minta pusat servis ganti terus absorber tu.
baru balik dari pusat servis, lepas check enjin, tuning tak cantik, diaorang buat tuning enjin. tiada tukar barang atau usik benda lain. pasal absorber tu, diaorang cakap ada skru kat bawah tu (kt arm atau ntah pa) yang longgar skit. dh ketatkan balik.
on the way balik, absorber senyap. enjin okay. thank you. kalau enjin tiba2 mati lagi boleh ke minta diaorang tukar enjin? hahaha

